Jenayah

Terbalik gara-gara brek

brek

Sebuah lori dedak ayam terbalik di Kampung Sawah semalam:-

KUALA LANGAT – Gara-gara mengalami masalah brek, sebuah lori muatan dedak ayam seberat lebih 10 tan terbalik ketika cuba mengelak dari terjunam ke dalam parit di persimpangan jalan berhampiran sebuah tabika dekat Kampung Sawah, semalam.

Kejadian kira-kira jam 12 tengahari itu berlaku apabila lori berkenaan ingin membelok ke kiri dekat persimpangan itu. Namun, kegagalan brek berfungsi secara tiba-tiba memaksa pemandu berbaut pada stereng dan beralih ke arah kiri jalan.

Pemandu yang enggan dikenali itu berkata, keadaan lebih buruk dapat dielak lantaran ada sebuah jalan susur ke kiri.

“jadi saya terus memasuki jalan berkenaan sebelum hilang kawalan hingga menyebabkan lori saya hampir terbalik. Sebenarnya saya nak ke kawasan ternakan ayam di Kampung Bandar bagi menghantar makanan ayam ini. Saya jangka sampai sebelum jam dua petang. Tapi, nampaknya tergendala akibat insiden ini,” katanya.

Seorang penduduk, Hashim Hanafiah 38, berkata, kejadian itu amat mendebarkan kerana lori berkenaan melalui laluan kecil bersebelahan sebuah tabika.

“Waktu itu, saya hanya fikir nak elak dari rempuh lori terbabit. Jika tak, mungkin saya turut cedera. Mujur, tiada kemalangan jiwa dan proses mengalihkan makanan ayam dilakukan sejurus lori tersebut nyaris terbalik,” katanya.

“Kejadian begini dah banyak kali berlaku melibatkan lori muatan berat,” katanya sambil memberitahu pernah berlaku kejadian serupa melibatkan bas sekolah kerana pemandunya berdegil ingin melalui kawasan sempit tersebut.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");