Laporan Eksklusif

Terkini: Seorang Lagi Jemaah Haji Meninggal Dunia

PERAK TODAY (1)Seorang jemaah haji warga emas, Labisi Mohd Lodin, 84, meninggal dunia di Hospital An Noor Makkah kira-kira 2.30 pagi waktu tempatan,
semalam.

Allahyarham Labisi tiba di Makkah pada 22 September lalu bersama anak lelakinya, Isa Mohd Yusof.

Sebelum ini, Allahyarham yang berasal dari Kampung Lambor Kanan, dekat Parit ditempatkan di Maktab 100 Rehab Janadiriyyah.

Allahyarham meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam badan.

Setakat ini, lima jemaah haji Malaysia dilaporkan meninggal dunia di Tanah Suci bagi musim 1434H.

Krew Perak Today merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar rohnya ditempatkan di kalangan yang soleh dan beriman.

Al-fatihah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");