Laporan Eksklusif

TH Tetap Bawa 64 Pesakit Lakukan Wuquf

jemaah sakit

Biarpun keadaan kesihatan jemaah tidak mengizinkan, namun keprihatinan pihak Tabung Haji (TH) harus diberi penghargaan yang sewajarnya.

Seramai 64 jemaah haji yang dirawat di Hospital Aziziah dan Shisha dibawa ke Arafah dengan menaiki ambulans.

Kemudahan ini disediakan bagi membolehkan mereka melakukan wuquf seperti mana yang dituntut rukun haji bersama-sama jemaah haji yang lain.

jemaah sakit1

Pagi tadi, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah menziarahi kesemua pesakit yang dibawa ke Arafah.

Beliau berpuas hati dan mengagumi komitmen petugas-petugas TH yang menjaga dan merawat semua pesakit dengan baik.

jemaah sakit 3

Jamil Khir turut mengharapkan keadaan yang serupa apabila kesemua jemaah bergerak ke Mudzalifah dan Mina.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");