Membawang Hari Ini

Tiada sebab berahsia

shahiezy sam

Shaheizy Sam enggan selindung jika bercinta, kontrak kerjaya bukan penghalang kahwin

Tidak melihat kontrak sebagai artis naungan sebagai masalah, akui Shaheizy Sam, setiap artis yang mahu memeterai perjanjian dengan mana-mana syarikat atau jenama perlu memahami kandungan setiap klausa bagi mengelak kekeliruan.

Bernaung di bawah MIG Pictures sejak 2010, Sam berkata, terma dalam kontrak bukan penghalang berkahwin selepas melihat rakan lain yang berpayung di bawah pengurusan sama, selamat mendirikan rumah tangga seperti Lisa Surihani dan Fezrul Khan. Malah katanya, ada rakan artis diketahui pengurusan sedang hangat bercinta seperti Intan Ladyana dan Kamal Adli.

“Insya-Allah, andai suatu masa nanti jodoh saya sampai, tentu saya akan maklumkan kepada syarikat pengurusan dan peminat. Tiada sebab untuk saya rahsiakan perkara baik” Shaheizy Sam, Pelakon

“Saya tidak menyokong sesiapa. Tetapi kita perlu melihat terma yang hangat diperdebatkan sekarang (status artis naungan) dalam konteks lebih luas. Ini kerana perkara yang dijadikan klausa itu masih boleh dibincangkan.

“Jika tidak, mengapa ada rakan saya yang sudah berkahwin? Pihak pengurusan cuma menjaga kepentingan artis terutama yang masih baru.

“InsyaAllah, andai suatu masa nanti jodoh saya sampai, tentu saya akan maklumkan kepada syarikat pengurusan dan peminat. Tiada sebab untuk saya rahsiakan perkara baik,” katanya ketika ditemui pada sesi bersama media sempena program Nescafe On Sam.

Bakal merakamkan single khusus untuk program berkenaan, Sam berharap isu kontrak membabitkan rakan yang pernah berada di bawah syarikat sama, Aeril Zafril serta isterinya, Wawa Zainal bersama MIG, selesai secara baik.
Melaram dengan hadiah Nissan 370Z Coupe

Celoteh anak muda berusia 31 tahun itu semakin rancak apabila menyentuh penggambaran filem terbarunya, Adnan Sempit Sawadikap yang memerlukannya ‘berkampung’ di Bangkok, Thailand, hampir sebulan.

Diusik tidakkah rindu terhadap si dia yang jauh di Malaysia, anak bujang Mommy Khaty ini sekadar tersenyum.

Sam menegaskan dia merindukan insan kesayangannya, siapa lagi kalau bukan ibu tercinta.

“Seminggu sebelum itu, mommy saya dimasukkan ke hospital kerana serangan angin ahmar. Mujur tidak serius tetapi dia ditahan beberapa hari untuk pemantauan. Siapa tidak risau mengenangkan keadaan emak tersayang tetapi dia meminta saya tidak bimbangkan keadaannya.

“Alhamdulillah, kesihatannya semakin baik. Malah semua adik-beradik termasuk kakak, Zizie juga ada untuk menjaganya, kuranglah sedikit rasa risau,” katanya yang dipasangkan dengan Along Cham dalam filem sekual arahan Ismail Bob Hashim itu.

Terdahulu, penerima dua kali gelaran Bintang Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dilihat tiba di studio Audi Mok di Petaling Jaya, Selangor, dengan memandu Nissan 370Z Coupe yang dimenanginya, tahun lalu.

“Syukur, ini adalah hadiah peminat. Baru seminggu saya dapat menggunakan kereta ini. Walaupun ada yang baru, Nissan Teana yang saya menangi pada ABPBH 2010 masih saya gunakan,” katanya yang terpaksa bersabar bagi menanti plat nombor untuk keretanya itu. H2

Lebih 30,000 pengirim kemuka lirik

Berkongsi kisah projek bersama Nescafe, Sam teruja menanti lirik daripada peminat untuk lagu ciptaan komposer Audi Mok yang bakal dirakamkan, selewat-lewatnya bulan depan.

“Saya tahu ramai yang tertunggu-tunggu bila lagu ini akan dimainkan. Melalui pautan di laman YouTube (http:// www.youtube.com/nescafemalaysia), kita mencari seni kata terbaik untuk dimuatkan dalam lagu. Hingga kini, kita sudah menerima lebih 30,000 penyertaan.

“Ini cukup mengejutkan. Kita akan cantumkan bait demi bait untuk merealisasikan lirik. Namun, kami perlu perhalusi setiap penyertaan. Saya sendiri tidak sabar masuk ke studio,” katanya yang bakal berduet bersama Liyana Jasmay.

Ditanya kriteria yang meletakkan Liyana sebagai rakan duet, Sam berkata, selain berbakat besar, Liyana pernah merakamkan lagu dan mempunyai ramai peminat selain menjadi bekas rakan sekolahnya.

“Selepas Yana Samsudin, ini kali kedua saya berduet dalam single dengan wanita. Bersama Liyana, kami sudah kenal lama dan saya sendiri mengagumi bakatnya. Bagi projek masa depan, saya lebih menumpukan perhatian kepada pembikinan album reunion kumpulan lama saya, MOB.

“Disebabkan anggota lain sibuk dengan tugasan masing-masing, projek ini masih di peringkat pengumpulan bahan. Dari pemilihan lagu, sudah ada beberapa dalam simpanan. Cuma ia perlu diubah sedikit termasuk imej kami. Masih ada rap, tetapi disesuaikan dengan kematangan usia,” katanya.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");