Berita Hari Ini

TM komited bangunkan HSBB2

TYM

TELEKOM Malaysia (TM) menyambut baik langkah kerajaan untuk meluaskan Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi kepada fasa 2 (HSBB2), susulan daripada kejayaan fasa pertama HSBB yang telah diiktiraf sebagai salah satu projek pelaksanaan terpantas di peringkat global.

Ketua Pegawai Eksekutif Telekom Malaysia (TM), Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa berkata, sebagai peneraju jalur lebar negara, TM komited meneruskan peranan meluaskan capaian jalur lebar secara menyeluruh merentasi kawasan bandar, pinggir bandar serta luar bandar dan mempertingkat pengalaman pengguna.

“Kami jangkakan pertumbuhan data yang mendadak dalam tempoh beberapa tahun akan datang dan ini selari dengan persekitaran perniagaan di Malaysia yang dinamik dengan kadar pertumbuhan yang tinggi serta kadar penggunaan internet yang melonjak naik,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Menurutnya, pengumuman 1Malaysian Entrepreneurial Nation (1MeT) dan Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC) juga tepat pada masanya bagi meningkatkan daya saing dan inovatif golongan usahawan muda.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");