Sukan Hari Ini

Tok Gajah tak goyah, ada Plan B

TOK GAJAH

KECEDERAAN buku lali penyerang import Pahang, Matias Conti tidak memeningkan kepala pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 menentang Kelantan di Shah Alam, Ahad ini.

Menurut Dollah, dia mempunyai pilihan dan berkeyakinan siapa juga diletakkan bagi menggantikan Conti mampu menggalas tugas dengan baik.

Penyerang Argentina itu mengalami kecederaan ketika aksi separuh akhir kedua menentang Sarawak di Kuching, Sabtu lalu.

“Berdasarkan pemeriksaan, kecederaan Conti tidak serius kerana hanya mengalami bengkak di buku lali kiri.

“Kami akan terus pantau keadaannya dan saya akan menguji Conti esok (hari ini) untuk nilai sama ada dia cukup cergas untuk diturunkan di final nanti.

“Apa pun, saya tidak bimbang kerana Pahang masih ada penyerang seperti Kojie (Mohd Fauzi Roslan). Jika Conti tidak boleh main, saya percaya Kojie mampu beraksi dengan baik,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Dollah memaklumkan setakat ini persiapan Tok Gajah berjalan lancar.

Katanya, pemain dalam mood bersedia dan tidak sabar berhadapan Kelantan.

“Kecuali Conti yang ditimpa kecederaan semua pemain berada dalam situasi baik dan bebas daripada sebarang penggantungan.

“Walaupun sedar rekod sebelum ini lebih memihak Kelantan, namun pemain tidak boleh jadikan ia alasan kerana peluang menang masih ada jika peluang yang ada dimanfaatkan sebaik mungkin,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");