Sukan Hari Ini

Toure yakin jentera mampu meledak

toure

PEMAIN tengah Manchester City, Yaya Toure percaya kemenangan ke atas CSKA Moskow 2-1 dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah memberi keyakinan untuk terus mengutip tiga mata ketika beraksi menentang Chelsea, di Stamford Bridge.

Jelasnya, kepenatan ketika berhadapan dengan CSKA Moskow masih lagi dirasai barisan pemain namun, tiga mata dikutip pastinya melenyapkan derita itu, malah momentum kecemerlangan perlu diteruskan ketika berhadapan dengan The Blues.

“Kami perlu yakin dalam pertemuan menentang Chelsea dan keyakinan tersebut kian ketara, lawan merupakan pasukan yang hebat dan besar namun kami juga tidak boleh di perkecilkan.

“Keutamaan kita adalah tiga mata untuk terus memberi tekanan kepada pendahulu liga, selain kemenangan ini pastinya melonjakkan kedudukan pasukan,” jelas pemain berusia 30 tahun itu.

Mengulas mengenai persembahan rakan sepasukan, Toure percaya ketajaman bisa penyudah penyerang kelahiran Argentina, Sergio Aguero pastinya memberi masalah kepada benteng tuan rumah.

“Aguero semakin berbisa, Samir Nasri, David Silva, Alvaro Negredo dan Jesus Navas semakin serasi bergandingan bersama malah, persembahan mereka semakin menunjukkan peningkatan.

“Begitu juga Edin Dzeko yang pastinya akan mendatangkan masalah besar buat pemain The Blues.

“Segalanya telah bersedia untuk pertembungan kali ini dan yakin tiga mata mampu diraih,” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");