Membawang Hari Ini

TS Jeffry Berdebar Tunggu Kelahiran Anak Sulung

ts jefry

Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga bersama isteri tercinta, Domithila Servatius, pelakon, pengarah dan penerbit terkenal, TS Jeffry kini sedang menghitung hari untuk bergelar bapa.

Isterinya kini sedang sarat mengandung dan dijangka akan melahirkan bayi sulung mereka pada 28 November ini. Berkongsi detik-detik kebahagiaan yang sedang dilaluinya bersama isteri, ujar TS Jeffry, dia sanggup mengenepikan beberapa tawaran drama semata-mata untuk menemani isterinya yang sedang sarat itu.

“Saya sangat-sangat teruja kerana ini merupakan anak sulung kami. Walau bagaimanapun kami belum pasti anak kami kelak akan dilahirkan di mana memandangkan saya kini sedang sibuk dnegan penggambaran drama ‘Semangat Kuda’ di negeri kelahiran saya sendiri iaitu Kelantan.

Jika dia dilahirkan di sini kelak, mungkin lebih bagus. Setakat ini, doktor mengesahkan bahawa anak kami adalah perempuan,” ujar TS Jeffry kepada Media Hiburan Online.

– Media Hiburan Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");