Isu Panas

Tuduh Bajet 2014 Abaikan Pulau Pinang, Guan Eng Usah Menipu Diri Sendiri

Malaysia's politician Lim Guan Eng talks to journalists in PutrajayaPengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman hari ini membidas tuduhan Ketua Menteri negeri itu Lim Guan Eng yang mengeluarkan kenyataan kononnya Bajet 2014 mengecewakan dan tidak menyediakan apa-apa peruntukan untuk negeri Pulau Pinang.

Tegas beliau, kenyataan ini amatlah tidak berasas sama sekali kerana Kerajaan Persekutuan telahpun menyediakan peruntukan yang agak besar dalam tahun 2014 untuk melaksanakan projek-projek fizikal baru yang telah dirancang sejak awal lagi.

“Perkara ini tidak dinyatakan secara spesifik oleh Perdana Menteri semasa pembentangan bajet kerana projek ini telah dirancang lebih awal. Contohnya projek-projek baru yang melibatkan kos berjumlah RM880.65 juta di antaranya projek di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk pembangunan Perda-Tech, projek di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menaiktaraf perumahan Penjara Pulau Pinang dan lima projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Pulau Pinang untuk melaksanakan Projek Jalan Baru dari Bagan Sungai Pinang ke Kampung Pulau Betong, Balik Pulau.

“Ada banyak lagi… jadi mengapa Guan Eng mahu membuat tuduhan tidak berasas seakan Pulau Pinang dianaktirikan oleh kerajaan pusat. Guan Eng patut malu kerana kerajaan pusat tetap memberikan perhatian dan bantuan kewangan kepada Pulau Pinang walaupun Kerajaan DAP yang kelak mendapat nama.

“Seringkali sudah terjadi lembu punya susu, sapi dapat nama. Tapi kita tidak pernah mengambil pusing kerana apa yang penting adalah untuk rakyat,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Selain itu tambahnya, Guan Eng perlu mencermin diri sebelum menuding jari kepada kerajaan pusat yang sentiasa mengotakan segala janji. Tidak seperti mereka yang sehingga kini tidak mampu menunaikan janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 dan ke-13.

“Mereka janji nak hapus tol tapi sehingga kini tol masih wujud. Isu kampung Buah Pala masih tidak terbela. Perumahan rakyat juga masih tidak nampak bayang… Jadi, sebelum mereka menuduh Kerajaan BN adalah lebih baik Guan Eng telek diri sendiri,” jelasnya lagi.

– MediaUMNO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");