Perak Hari Ini

Video “The Effing Show # 95 Allah Apa lagi?” Sindir, Pertikai Keputusan Mahkamah Rayuan

perkasa kecikBelum pun reda kontroversi berhubung keputusan Mahkamah Rayuan berkaitan penggunaan kalimah ‘Allah’, timbul pula penyebaran video menghina keputusan itu di laman internet, sekaligus dilihat sebagai satu lagi provokasi terhadap umat Islam di negara ini.

Menurut Ketua Wira Perkasa Negeri Perak, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh, kewujudan video yang bertajuk “The Effing Show # 95 Allah Apa lagi?” merupakan satu lagi provokasi terhadap umat Islam di negara ini kerana mengandungi unsur menyindir dan mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan.

Sebentar tadi, Mohd Hafez bersama 10 lagi ahli Perkasa tampil membuat laporan polis di IPD Ipoh berhubung penayangan video tersebut di laman sesawang ‘You Tube’.

Bercakap kepada pemberita, kandungan video yang berdurasi enam minit 30 saat tersebut menurutnya, turut mengandungi skrip dan lakonan yang boleh menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam di Malaysia.

Mohd Hafez juga berharap supaya pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pihak yang terbabit dengan penayangan video tersebut

Ujarnya lagi, perkara ini berlaku disebabkan oleh sikap sesetengah pemimpin politik yang difahamkan tidak menghormati keputusan Mahkamah Rayuan itu.

“Mereka mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan dan berterusan menyuarakan isu tersebut hingga menimbulkan perkara ini,” katanya.

Beliau turut menegaskan supaya mana-mana individu dan pemimpin tidak lagi membuat tuntutan mengenai kalimah ‘Allah’ tersebut dan sewajarnya menerima keputusan yang telah ditetapkan Mahkamah Rayuan tempoh hari.

Jelasnya, beberapa negeri lain turut membuat laporan polis berkenaan penyiaran video itu antaranya Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");