Sukan Hari Ini

Villarreal terlepas peluang huni tangga ke-3 La Liga

Villarreal

Madrid: Pasukan yang baru naik taraf ke Liga Sepanyol, Villarreal menempah kekalahan pertama selepas tujuh perlawanan apabila tewas 1-0 kepada Real Betis di tempat lawan, awal pagi semalam, sekali gus terlepas peluang untuk menghuni tangga ketiga liga.

Terdahulu, skuad digelar Yellow Submarine itu menang empat perlawanan dan seri dua perlawanan termasuk mengikat Real Madrid 2-2 selepas sekadar beraksi di liga divisyen dua, musim lalu.

Namun, Villarreal terpaksa akur dengan kekalahan pertama itu menerusi jaringan tunggal Nosa pada minit ke-36 selepas penjaga gol, Sergio Asenjo hanya mampu menepis percubaan awal Joan Verdu yang kemudian disudahkan Nosa.

Tetap bangga

Asenjo kemudian memastikan gawang pasukan pelawat itu tidak dibolosi lebih banyak gol apabila menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya Betis dan akhirnya jurulatih mereka, Marcelino pula dibuang padang pada minit terakhir kerana membantah keputusan pengadil tidak memberikan sepakan penalti.

“Saya puas hati dengan persembahan pasukan biarpun memang agak kecewa dengan kekalahan pertama ini. Saya bangga kerana kami bertahan sehingga perlawanan ketujuh sebelum mengalami kekalahan pertama,” kata Marcelino. – Reuters

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");