Perak Hari Ini

Warga Emas Lemas Lori Dipandu Tenggelam Dalam Lombong

lemas

Seorang warga emas berusia 55 tahun ditemui mati lemas selepas lori 10 tan yang dipandunya tenggelam dalam lombong di Taman Lake Ville, Bandar Universiti, dekat Seri Iskandar, kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman, sebelum kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Wong Nyok Peng sedang menjalankan kerja-kerja menambak tanah di kawasan lombong berkenaan.

”Kejadian dipercayai berlaku disebabkan struktur tanah yang lembut ekoran hujan lebat sejak beberapa hari lalu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian, hari ini.

Katanya, mangsa dipercayai menyedari kejadian tanah mendap itu dan berusaha keluar dari lori tersebut namun gagal kerana kejadian berlaku begitu pantas.

“Mangsa tenggelam ke dasar lombong bersama lori yang dipandunya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar, Zaiful Efendi Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada 1.20 tengah hari sebelum menghantar sepasukan lapan anggota dan sebuah bot ke lokasi kejadian.

“Kita turut menghantar sepasukan tujuh penyelam dari bomba dan penyelamat Ipoh untuk membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa.

”Mayat Wong berjaya ditemui kira-kira 4.43 petang pada kedalaman tujuh meter dan lokasinya tidak jauh dari lori yang dipandu mangsa sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Permaisuri Bainun Ipoh untuk dibedah siasat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");