Membawang Hari Ini

Wawa Zainal kongsi gambar anak

anak wawa

Selepas mengumumkan khabar pernikahannya dengan aktor Aeril Zafrel yang mencetuskan kontroversi sejak minggu lalu , Wawa Zainal telah berkongsi gambar putera sulung mereka buat pertama kali untuk tatapan umum di akaun Instragram miliknya, waw4_zainal.

“Menanti cahaya mata ini sedar. Menatap kami berdua. Rindu dengar tangisannya,” petikan kapsyen gambar tersebut.

Aeril, 25, dan Wawa, 22, telah menyambut kelahiran anak mereka yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar pada 24 Ogos lalu.

Aeril dan Wawa mengejutkan pelbagai pihak selepas mengaku bahawa mereka telah bernikah dua kali iaitu pada 25 Februari 2012 dan 4 Februari 2013 serta mempunyai seorang anak dalam satu sidang media yang berlangsung pada minggu lalu.

Dalam majlis tersebut, pasangan ini mengakui mereka terpaksa merahsiakan pernikahan mereka atas sebab tertentu, antaranya adalah bimbang dimarahi oleh syarikat pengurusan Wawa, Metrowealth.

Ujar Aeril, “Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami telah bernikah kali pertama pada 25 Februari 2012 dan pada waktu itu hanya mengikut hukum syarak tanpa sebarang dokumen. Kami bernikah hanya untuk menghalalkan perhubungan dan pada masa yang sama, Wawa meminta izin agar tidak mendedahkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan.

“Namun selepas Wawa memberitahu saya yang dia hamil pada bulan Januari 2013, kami mengambil keputusan untuk bernikah sekali lagi pada 4 Februari 2013 dan pada waktu kami mengikut undang-undang negara. Kami mengikuti kursus kahwin dan mendaftarkan perkahwinan tersebut.

Kami nikah kali kedua kerana saya mahu anak yang dilahirkan berbinkan nama saya, bukannya Abdullah.”

Sementara itu, aktres “Longkai” ini turut mempertikaikan tindakan seorang jejaka bernama Abdul Rashid yang tampil memberi pengakuan bahawa Wawa masih bergelar tunangannya ketika berkahwin dengan Aeril.

“Saya akui, saya memang mengenali lelaki tersebut, namun kami juga sudah hampir empat tahun tidak berhubung dan saya hairan kenapa baru sekarang dia muncul dan mengaku bahawa dia adalah tunang saya. Atau mungkin dia diminta untuk tampil secara sengaja dan diminta untuk timbulkan isu ini?” ujar Wawa seperti dipetik dari laporan akhbar Kosmo!.

– tupai.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");