Perak Hari Ini

WCP Peluang Terbaik Promosi Perak Di Persada Dunia

noleeKongres Penyair Sedunia (WCP) Ke-33 menjadi platform serta peluang terbaik mempromosikan Perak sekaligus Malaysia di persada dunia.

Apa tidaknya, Perak merupakan negeri pertama Malaysia terpilih bagi menjadi lokasi perhimpunan delegasi WCP yang mewakili 29 buah negara dari seluruh dunia.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Nolee Ashilin Mohammed Radzi, berkata acara sebegini merupakan medium terbaik untuk menarik kehadiran lebih ramai pelancong asing berkunjung ke Perak khususnya dan Malaysia amnya.

“Menerusi WCP, ia mampu membantu kerajaan negeri mencapai sasaran menarik tujuh juta pelancong melawat ke Perak sekaligus meningkatkan ekonomi negara.

“Keunikan asal-usul etnik, bahasa serta dasar budaya yang terdapat di Perak mampu merangsang kreativiti semua penyair yang hadir terutamanya bagi mereka yang pertama kali melawat Perak,” jelas Nolee Ashilin dalam ucapannya sempena majlis perasmian WPC Ke-33 di Dewan Bankuet, dekat Ipoh, malam tadi.

Tambahnya, para penyair pasti dapat mendalami serta menghayati warisan yang telah lama dimiliki Perak apabila berkunjung ke tempat-tempat bersejarah yang dinyatakan dalam masa tujuh hari program ini berlangsung.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir melahirkan rasa gembira apabila menerima anugerah Crane Summit Supreme Honor Crown Medallion yang disampaikan oleh penaung World Academy Of Arts And Culture (WAAC), Dr Yu His selepas merasmikan WPC.

Dr Zambry berkata, sebagai ibu negeri, bandar raya Ipoh pernah dikenali bukan sahaja sebagai pengeluar bijih timah terkenal di dunia, malah lokasi ulung yang menerbitkan akhbar kebangsaan pada era 40 hingga 50an, sekaligus menyumbang ke arah kemerdekaan negara.

“Peluang menjadikan Perak sebagai tumpuan bagi kongres delegasi kerana kita dapat berkongsi sejarah negara kepada warga asing,” tegas Zambry lagi.

Mengulas lanjut, Dr Zambry menegaskan, kira-kira 200 penyair dari dalam dan luar negara mengambil bahagian antaranya Indonesia, Brunei Darussalam, China, Belgium, Mauritius, Hungary, Afrika Selatan, dan Mexico.

Penganjuran kongres ini akan dijalankan serentak penganjuran Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor 4 (PULARA) yang telah menjadi acara tahunan.

PULARA menjadi acara terunggul di Perak, memfokuskan masyarakat era modenisasi akan peranan seni dalam memantapkan perpaduan kaum selain mempromosikan Pulau Pangkor sebagai hab pelancongan.

PULARA dijadual berlangsung pada 25 Oktober ini dan menampilkan lebih ramai peserta berbanding tahun sebelumnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");