Membawang Hari Ini

YA1M bantu 21 artis veteran

artis venteran

Sempena sambutan Deepavali yang akan diraikan awal November ini, Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) mengambil inisiatif dengan menyampaikan sumbangan kepada artis tanah air pelbagai kaum. Sumbangan ini bagi meringankan beban mereka, khususnya bagi artis veteran beragama Hindu untuk menyambut perayaan berkenaan.

Sumbangan dalam bentuk wang tunai disampaikan Presiden YA1M, Datuk DJ Dave kepada 21 penerima dalam satu majlis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Selasa lalu.

Dave berkata, sumbangan berkenaan diberikan kepada artis dan penggiat seni veteran yang berumur 60 tahun ke atas sebagai mengenang jasa mereka sepanjang pembabitan dalam dunia seni.

“Sudah menjadi matlamat kami untuk memastikan kebajikan artis Malaysia sentiasa terjamin melalui pelbagai usaha yang akan dilakukan dengan menyampaikan sumbangan kepada artis kurang berkemampuan dan artis yang menderita sakit.

Salur sumbangan
“Malah, sebelum ini juga beberapa majlis sumbangan turut diadakan, selain lawatan terus ke rumah artis dilakukan untuk menyalurkan sumbangan. Perkara ini akan dilakukan dari semasa ke semasa dan akan memastikan artis terbabit mendapat pembelaan sewajarnya daripada YA1M,” katanya.

Jelas Dave lagi, dalam meningkatkan dana YA1M, pihaknya akan menganjurkan Konsert Amal YA1M – Satu Suara Satu Matlamat yang akan diadakan pada 3 November ini, di Dewan Merdeka, PWTC.
“Tarikh asal konsert pada 5 Oktober lalu terpaksa diubah untuk memberi laluan kepada satu majlis lain di PWTC jadi kami terpaksa menukarnya ke tarikh yang baru pada 3 November nanti. Ia bukannya disebabkan oleh penjualan meja yang masih perlahan kerana sehingga kini kita berjaya menjual sebanyak 50 peratus.

“Kami menyasarkan sebanyak 70 hingga 80 peratus meja dapat dijual sehingga malam konsert itu nanti,” katanya.

Katanya lagi, konsert itu diadakan untuk mengumpul dana bagi mengisi tabung kebajikan untuk terus membantu artis memerlukan dan memastikan golongan artis veteran terus menerima bantuan.

Hargai artis tempatan “Konsert amal ini adalah usaha berterusan yayasan bagi memartabatkan industri hiburan tanah air. Selain mengisi dana, ia sebagai menghargai artis tempatan yang menyumbang dalam pembangunan industri hiburan tanah air. Ia juga sebagai titik tolak dalam usaha yayasan menjadi badan profesional yang tidak hanya mengharapkan bantuan mana-mana pihak, sebaliknya mempunyai kantung sendiri untuk meneruskan tanggung jawab sebagai badan yang menjadi kebajikan artis tanah air,” katanya.

Seramai 10 artis tempatan akan dijangka membuat persembahan istimewa pada konsert itu kelak, antaranya Datuk M Nasir, Datuk David Arumugam, Fredo (Flybaits), Fauziah Latif, Marsha, Hafiz, Jimmy Palikat, Soo Wincci, Lockup dan Najwa Latif.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");