Sukan Hari Ini

Zulfahmi ‘perlahan’ di Jepun

zulfahmi

Kuala Lumpur: Pusingan kelayakan Grand Prix Jepun menyaksikan aksi agak perlahan dipamerkan hampir ketiga-tiga kelas perlumbaan akibat daripada permukaan trek basah ekoran hujan.

Situasi itu juga terpalit kepada penunggang Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin yang menamatkan pusingan kelayakan di tangga ke-13 dengan catatan masa 2 minit 11.793 saat biarpun tahun lalu dia berjaya menyambar petak ke-4 dengan catatan lebih baik iaitu 1’58.951s.

Penunggang Red Bull KTM Ajo yang tidak beraksi di GP Malaysia sebelum ini kerana melalui proses pemulihan selepas terbabit dalam insiden kemalangan di GP Aragon itu berkata: “Pada awal sesi ia tidaklah terlalu teruk dan saya dapat merasai keserasian dengan jentera.

Jangka posisi baik
“Namun, di akhir-akhir, saya merasai sedikit kelainan mengenai keadaan sehingga saya tidak dapat mengenalpasti sama ada trek kering ataupun basah. Saya fikir tidak ada satu pun penunggang yang dapat memperbaiki masa mereka.

“Secara jujurnya, saya menjangkakan posisi kedudukan lebih baik tetapi 13 itupun sudah cukup baik buat saya. Esok (hari ini) kami akan cuba untuk terus meningkat dan harap-harap cuaca juga tidak hujan. “Saya harap perlumbaan esok menyebelahi kami,” kata Zulfahmi.

Dia kini berada di tangga ke-10 kategori penunggang selepas mengumpul 65 mata manakala rakan pasukan, Luis Salom mendahului carta dengan mengumpul 300 mata.
Pada musim lalu, Zulfahmi menamatkan perlumbaan di tangga kelima dengan catatan 40’06.420s sebelum melakar penamat di podium di GP Malaysia di belakang Sandro Cortese.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");