Berita Hari Ini

11,482 penjaja, peniaga kecil Sabah terima P1MPIN

atuk Seri Hajiji Mohd Noor

KOTA KINABALU – Sebanyak 11,482 penjaja dan peniaga kecil di Sabah menerima Pelan Insurans 1Malaysia Penjaja dan Peniaga Kecil Nasional (P1MPIN) sejak diperkenalkan 1 Jan lepas.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor berkata menerusi P1MPIN, mereka mendapat perlindungan insurans percuma sepanjang tahun.

“Saya percaya di Sabah amnya dan di Kota Kinabalu khasnya mungkin ada lagi yang belum mendaftarkan perniagaan mereka.

“Oleh itu, suka saya menyeru tuan-tuan dan puan-puan yang belum berdaftar agar segera berbuat demikian,” katanya pada Majlis Perasmian Kursus Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil peringkat negeri di Kompleks Pentadbiran Persekutuan, dekat sini hari ini.

Sementara itu, Hajiji berkata golongan penjaja dan peniaga kecil di Sabah perlu merebut peluang memajukan perniagaan masing-masing menerusi Skim Pembiayaan Mikro yang diperkenalkan Januari lepas dengan peruntukan RM100 juta.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");