Perak Hari Ini

1,175 Guru KAFA Perak Berjaya Ikuti KIBAK

PERAKTODAY3

Seramai 1,175 guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di seluruh Perak berjaya mengikuti Kursus Intensif Bahasa Arab Guru KAFA 2012 (KIBAK ) yang diperkenalkan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan guru dalam pembelajaran bahasa Arab.

Pagi tadi, berlangsung majlis graduasi KIBAK 1 yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Mohd Nizar Zakaria di Dewan Bankuet, dekat Ipoh.

“Seramai 1,175 guru KAFA bergraduasi hari ini dan kursus ini antara lain memberi pendedahan berkaitan ilmu yang mempunyai nilai yang tersendiri,” katanya.

Dalam ucapannya lagi, beliau menegaskan, pelbagai aktiviti perlu dijalankan secara berterusan dan nilai tambah dalam setiap perancangan perlu datang daripada pihak guru KAFA itu sendiri.

Pendidik juga digesa untuk lebih bersemangat kerana peranan guru KAFA cukup penting dan jelasnya lagi, kerajaan negeri akan sentiasa berusaha untuk memperkasakan lagi Sekolah Agama Rakyat (SAR).

“Insentif sebegini merupakan salah satu pendekatan dalam kurikulum bagi subjek bahasa Arab dan sudah pastinya guru-guru perlu didedahkan dengan kepelbagaian teknik dalam bentuk pengajaran,” ujar Mohd Nizar lagi.

Jelasnya lagi, pengenalan KIBAK 1 merupakan langkah yang cukup bijak yang diambil oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dan ia juga merupakan kursus berskala yang ada di negara ini.

“Negeri Perak melakukan lonjakan lebih awal dengan memberi pelbagai pendedahan ilmu kepada guru-guru,” katanya lagi.

Jelasnya, pelbagai impak dan kesan yang bakal diperolehi oleh guru KAFA dan ianya pasti akan memberi keyakinan baru kepada mereka untuk meneruskan sesi persekolahan tahun 2014.

PERAKTODAY2

Tambah Nizar lagi, tujuan lain pengenalan kursus itu ialah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang serta guru-guru mampu mendominasi kejayaan tersebut.

“Melalui kursus sebegini, ia akan memberi lebih banyak lagi kejayaan yang cemerlang di kalangan murid SAR atau KAFA,” katanya.

Tegasnya  lagi, KAFA bukanlah sekolah kedua kerana sekolah ini merupakan gedung ilmu utama yang memberi pelbagai bentuk ilmu agama dalam elemen pendidikan yang berbeza.

“Bagi murid-murid sekolah rendah adalah wajib bagi mereka untuk mendapatkan pendidikan di SAR juga kerana kurikulum agama yang berbeza serta mereka bakal memiliki dua sijil iaitu Ujian penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan Sijil Rendah Agama Islam (SRAI) yang merupakan sijil bonus buat mereka untuk memasuki sekolah berasrama penuh aliran agama kelak,” katanya lagi.

Tambah Nizar lagi, KAFA merupakan salah satu satu institusi pendidikan yang penting dan ibu bapa digesa supaya menghantar anak mereka untuk mengikuti pembelajaran seperti bacaan Al-quran, ilmu tauhid dan fiqah.

“Kualiti perlu ditunjukkan dalam diri setiap pendidik kerana ini merupakan satu jihad bagi membekalkan ilmu berguna kepada anak-anak kita kelak,” katanya lagi.

Sebanyak 32 kelas KIBAK diwujudkan di 16 daerah di Perak dengan penyertaan 1,175 guru KAFA yang bermula April hingga November 2012 lalu dengan tempoh pengajian selama 32 jam setahun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");