Membawang Hari Ini

40 kanak-kanak dari Asia Tenggara sahut cabaran Ben 10

ben 10

Buat julung kalinya, saluran hiburan kanak-kanak No 1 rantau ini, Cartoon Network bekerjasama dengan produksi Astro menghasilkan program permainan aksi langsung yang pertama di Malaysia, Ben 10 Ultimate Challenge Asia.

Bakal ke udara mulai Disember ini, program permainan 10 episod itu diterbitkan khusus untuk peminat cilik animasi Ben 10.

Lebih menarik, peserta program ini merangkumi 40 kanak-kanak dari Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia dan Thailand yang bersaing merebut gelaran serantau Ultimate Ben 10 Superfan. Pastinya, individu terpilih adalah kanak-kanak yang mengikuti setiap tayangan Ben 10 kerana program ini menguji sejauh mana pengetahuan mereka mengenai dunia watak animasi kegemaran mereka iaitu Ben Tennyson.

Dalam permainan yang pantas dan mengujakan ini, kanak-kanak diaju pelbagai soalan trivia mengenai Ben dan aksi kembaranya. Selain itu, peserta dibawa ke dunia Omniverse di mana mereka akan bersaing dalam pelbagai halangan fizikal yang amat menyeronokkan.

Dihoskan oleh Nabil Mahir, rancangan ini menggunakan aplikasi Ben 10 Ultimate Challenge rekaan khas yang dibangunkan untuk penonton supaya mereka dapat mendalami dunia Omniverse.

Seperti yang dinyatakan Nabil, penonton tentu gembira melihat kanak-kanak bersemangat memburu gelaran juara. Ini secara tidak langsung menunjukkan betapa luasnya pengetahuan mereka mengenai Ben dan minat mendalam terhadap animasi pengembaraan ini.

Menangi hadiah eksklusif karakter animasi popular
Penerbit Eksekutif Ben 10 Ultimate Challenge Asia, Vishnu Athreya berkata, Ben 10 Ultimate Challenge Asia mengukuhkan kekuatan dan komitmen berterusan Cartoon Network dalam menjana kehidupan kanak-kanak dengan keseronokan.

“Peminat Ben 10 di seluruh Asia berpeluang berkongsi pengetahuan mereka serta merealisasikan impian dalam permainan yang amat mengujakan. Kanak-kanak juga berpeluang menggunakan kuasa besar makhluk asing yang disepadukan dalam permainan terbabit.

“Peserta dipilih melalui wawancara dan uji bakat yang dilakukan. Ia bukan proses yang mudah kerana ramai antara mereka yang mempunyai minat dan pengetahuan mendalam terhadap Ben 10,” katanya pada sidang media mengumumkan kerjasama Cartoon Network dan Astro di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut hadir pada sidang media ialah Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Turner Broadcastin Systems Asia Pasifik, Robi Stanton serta Ketua Bahagian Jualan dan Pemasaran Astro Productions Sdn Bhd, M Govindasamy.

Hadiah menarik menanti setiap peserta iaitu barangan Ben 10 yang istimewa termasuk beg galas, patung aksi edisi terhad dan set permainan.

Pemenang hadiah pertama dari setiap episod akan membawa pulang peti permainan Xbox 360 eksklusif yang turut memuatkan permainan Ben 10 Omniverse.

Dilhamkan daripada permainan yang sama dari United Kingdom (UK), tayangan perdana Ben 10 Ultimate Challenge Asia boleh ditonton di Cartoon Network (Saluran Astro 616). Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Ben 10, Ben 10 Ultimate Challenge Asia dan program lain terbitan Cartoon Network, layari www.cartoonnetworkasia.com.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");