Perak Hari Ini

500 Hadir Rumah Terbuka Deepavali Parlimen Tambun

Deepavali.jpgLebih 500 tetamu mengunjungi Rumah Terbuka Deepavali Parlimen Tambun yang berlangsung di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tambun, dekat Ipoh, pagi tadi.

Majlis yang bermula jam 10 pagi itu menyaksikan pelbagai kaum dan latar belakang memenuhi setiap pelusuk kawasan dewan bagi menikmati pelbagai makanan kegemaran kaum India.

Acara ini dilihat seiring dengan gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri apabila rakyat Malaysia yang berbilang bangsa berkumpul dan meraikan sambutan Deepavali bersama-sama.

Sambutan tahun ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Menteri Kewangan Kedua Negara, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang juga merangkap Ahli Parlimen Tambun.

Beliau yang mengenakan kemeja batik selaku hos dan tuan rumah menyambut tetamu yang hadir di pintu utama sekolah dan tidak ketinggalan memberi duit raya kepada kanak-kanak.

Alunan lagu-lagu Bollywood serta Tamil juga disajikan bagi menghiburkan tetamu yang hadir.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Mohammad Ziad Zainal Abidin dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kinta, Datuk Aminuddin Md Hanafiah.

Ahmad Husni kemudiannya melawat gerai-gerai kecil yang ditempatkan di sekitar dewan sebelum bersama-sama pengunjung menikmati pelbagai juadah enak yang disediakan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");