Berita Hari Ini

Agensi pelancongan perlu dibantu

PELANCONG

KOTA BHARU – Kerajaan negeri perlu memainkan peranan penting dalam membantu usaha-usaha untuk mempromosikan produk yang boleh menarik pelancong luar untuk ke negeri ini.

Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Kelantan, Kamal Azam Kamaruddin berkata, hal yang demikian juga menyebabkan rakyat Kelantan sendiri juga tidak menyedari tentang kewujudan pelbagai tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi di sini.

“Untuk mengangkat produk berkenaan, pelbagai perkara yang boleh kita lakukan termasuk memelihara serta membangunkan kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dimajukan.

“Justeru, kerajaan negeri perlu memainkan peranan untuk bersama-sama membantu mempromosikan setiap produk yang ada di negeri ini bersama-sama dengan agensi-agensi yang terlibat,” katanya kepada media selepas merasmikan Program Kayuhan Muhibah Tourism Malaysia Kelantan di Warung Pok Mat Pulau Pisang, semalam.

Program yang melibatkan 46 peserta mewakili agensi-agensi pelancongan negeri seperti perhotelan, restoran, agen pelancongan, agensi pengangkutan penerbangan serta Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandar raya Islam (MPKB-BRI).

Menurutnya, kerajaan negeri memerlukan satu inisiatif baru bagi memastikan Kelantan akan mendapat input yang lebih baik terutamanya persediaan untuk tahun melawat Malaysia tahun depan.

Beliau berkata, selain itu, kayuhan muhibah yang mengumpulkan semua penggiat pelancongan negeri ini juga sebenarnya mempunyai matlamat sendiri ke arah usaha mempromosikan Kelantan kepada masyarakat luar selepas ini.

“Kayuhan ini bermula di Warung Pok Mat Pulau Pisang, Medan Ikan Bakar (MIB) Kuala Besar yang terkenal sebagai produk makanan dan pelbagai produk lain terdiri dari barangan industri desa seperti membuat wau, mewarna batik serta mengait jala selain menjejak keindahan Kampung Pulau Kundur dan Pantai Mek Mas yang merupakan produk pelancongan di kawasan tersebut.

“Selain itu, di sini juga kita dapat melihat Kubu British yang hanya terdapat di negeri ini dan ia juga perlu dibangunkan serta dipelihara memandangkan kini hanya tinggal 13 buah sahaja.

“Inilah yang perkara yang harus kerajaan negeri titik beratkan, jaga segala khazanah yang boleh dijadikan produk pelancongan. Kami sebagai penggiat pelancongan akan sentiasa menyokong dalam usaha menjanakan lagi ekonomi Kelantan,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");