Sukan Hari Ini

Apek: Maafkan kami…

QATAR

Pemain Qatar meraikan jaringan mereka ketika menentang skuad negara pada perlawanan kelayakan Piala Asia peringkat kumpulan di Stadium Shah Alam di Shah Alam, malam tadi. Qatar menang dengan jaringan 1-0.- Foto Bernama:-

“MAAFKAN kami atas kekalahan ini.”

Demikian kekesalan penjaga gol skuad kebangsaan, Mohd Khairul Fahmi Che Mat selepas Harimau Malaya tewas 0-1 kepada Qatar dalam aksi kelayakan Piala Asia di Stadium Shah Alam, semalam.

Menurutnya, janganlah peminat terus membenci pasukan negara atas kekalahan tersebut sebaliknya sentiasalah menyokong mereka dikala menang mahupun kalah.

“Kami tahu anda kecewa tapi kami di atas padang lebih kecewa.

“Maafkan kami dan jangan terus membenci pasukan kita. Teruslah memberi sokong kepada kami,” katanya.

Semalam, Harimau Malaya gagal merebut dua slot automatik ke saingan Piala Asia 2015 di Australia selepas tewas 0-1 kepada Qatar pada aksi kelima pada kem kelayakan Kumpulan D.

Ini kerana, skuad negara sekadar menduduki tangga ketiga di belakang Bahrain dan Qatar apabila mengutip empat mata.

Sebaliknya Qatar dan Bahrian mengesahkan dua tempat teratas Kumpulan D untuk layak ke pusingan akhir.

Bagaimanapun, Malaysia masih miliki peluang tipis jika berjaya mengalahkan Yemen dalam saingan terakhir di tempat lawan 5 Mac depan.

Namun skuad negara itu terpaksa bergantung nasib kepada keputusan perlawanan lain untuk menamatkan cabaran selaku pasukan ketiga terbaik.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");