Membawang Hari Ini

Artis senior suka tarik diri

muzik muzik

Kelayakan lagu Permata denda­ngan Alyah dan Ben, yang berjaya menempah tiket Separuh Akhir Muzik-Muzik 28, dinilai secara telus oleh pihak penerbitan program berkenaan.

Pengurus Hiburan Primework Studios, Muhamad Sufian Isa, berkata meskipun lagu itu dihasil­kan awal 2000 dan pernah dimuatkan di dalam album perdana Alyah sebelum diberi nafas baru tahun ini, ia tidak pernah dipertanding­kan dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) sebelum ini.

“Pihak TV3 maklum bahawa Permata adalah sebuah lagu lama yang diberi nafas baru dari segi susunan muzik, selain Alyah sendiri menam­pilkan Ben sebagai artis jemputan.

“Setahu saya sebagaimana dimaklumkan penyanyinya sendiri, lagu ini ketika awal penerbitan­nya tidak pernah mendapat pendedahan. Saya juga tidak begitu pasti sama ada lagu ini pernah menyertai mana-mana pertandingan.

“Namun bercakap me­ngenai syarat AJL, sekira­nya sebuah lagu lama itu yang diberi nafas baru dan memang tidak pernah bertanding untuk acara ini, layak untuk bertanding.

“Tambahan pula, ia bukan perkara baru kerana sebelum ini banyak juga lagu yang diberi nafas baru dibenarkan untuk bertanding seperti lagu Anak Kampung dan Apo Kono Eh Jang,” katanya.

Sementara itu Alyah yang hadir pada majlis pengumuman separuh akhir Muzik-Muzik 28 di Terrace, Mutiara Damansara, baru-baru ini berkata, Permata adalah lagu yang cukup istimewa buatnya kerana ia menceritakan semangat perjuangan seninya.

“Sebagai penyanyi, apabila lagu saya dicalonkan dalam pertandingan itu, pastinya saya berasa gembira. Soal adil atau tidak adil lagu saya mara ke pusingan separuh akhir kerana Pertama sebuah lagu lama. Saya percaya TV3 menilai pelbagai aspek sebelum mencalonkan lagu ini ke peringkat separuh akhir,” katanya.

Bagaimanapun, ketika ia dimuatkan di dalam album pertamanya dulu, lagu ini tidak pernah mendapatkan pendedahan dan atas alasan itu dia merakamkan kembali lagu berkenaan dengan menampilkan Ben, selain menyuntik nafas baru.

Berhubung isu keengganan serta penarikan diri penyanyi senior khususnya dalam menyertai pertandingan itu, Sufian berkata, situasi itu sedikit sebanyak mencalarkan reputasi pe­nganjur, malah memberi kesan buruk kepada industri hiburan sendiri.

“Kami sebagai penganjur memberi kelonggaran jika penyanyi asal menarik diri, lagu mereka boleh dinyanyikan pe­nyanyi gantian. Walaupun sebaiknya mereka sendiri yang menyanyi kerana itulah yang ingin dilihat penonton.

“Penyanyi yang menarik diri daripada bertanding lebih memberi kesan buruk kepada industri. Mereka diberi amanah untuk menyampaikan sesebuah lagu itu dan sepatut­nya tidak timbul alasan peribadi kerana AJL adalah pertandingan yang mempertandingkan lagu bukan penyanyi. Objektif dan matlamat kita jelas,” kata Sufian lagi.

Sebanyak 30 lagu yang dipertandingkan pada peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 28, tiga daripadanya adalah hasil ciptaan Edry Abdul Halim, yang mendominasi pencalonan apabila tiga lagu ciptaannya iaitu Kita, Ikut Rentakku dan Jagalah Diri layak ke pertandingan itu yang dijadualkan berlangsung bermula 8 November ini.

Kita, lagu hit nyanyian kumpulan Forteen, manakala Ikut Rentakku dan Jagalah Diri, menampil­kan penyanyi hebat, Jaclyn Victor.

Selain Edry, penyanyi remaja Najwa Latiff turut menyerlah apabila dua lagu hasil ciptaannya mara ke pusingan berkenaan. Sahabat menampilkan kolaborasi antara Najwa, kumpulan Sleeq dan Sham Kamarul. Sementara, Adamu me­nyaksikan nyanyian solo daripadanya.

Lirik bagi kedua-dua lagu berkenaan ditulis oleh Ika Latiff iaitu kakak kepada penyanyi itu sendiri.

Turut tersenarai dengan dua pencalonan adalah, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh yang mempertaruhkan lagu In Love With You dan Rumah Kita, Omar K (Penglipurlara/Kalau Aku Kaya), Audi Mok (Kalau Aku Kaya/Bosan) dan Akim Ahmad (Menunggu dan Kembali).

-Metro online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");