Berita Hari Ini

AS, Israel hilang hak undi di Unesco

unesco_logo_en

PARIS – PERANCIS. Amerika Syarikat (AS) dan sekutu kuatnya, Israel menerima tamparan hebat, kelmarin selepas kedua-dua negara itu hilang hak mengundi di Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Keputusan itu dibuat selepas Washington dan Tel Aviv melanggar tarikh akhir untuk melunaskan hutang kepada agensi tersebut, dipetik AP.

Difahamkan, AS dan Israel menghentikan dana kepada Unesco sejak tiga tahun lalu kononnya sebagai tanda protes terhadap keputusan negara antarabangsa mengiktiraf Palestin sebagai anggota penuh agensi antarabangsa tersebut pada 2011.

Media tempatan melaporkan, pembekuan dana sebanyak AS$80 juta (RM254 juta) setahun itu telah menyebabkan Unesco mengalami krisis kewangan hingga memaksa agensi itu menghentikan beberapa inisiatif yang ditaja AS.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");