Membawang Hari Ini

Ashton Kutcher beralih bidang

ashtonSELALUNYA, seseorang selebriti dipilih untuk menjadi duta atau jurucakap sesuatu produk. Tetapi berlainan pula bagi pelakon filem Jobs, Ashton Kutcher.

Bekas suami Demi Moore itu ditawarkan untuk menjadi jurutera produk bagi syarikat komputer Lenovo.

Oleh itu, secara tidak langsung, dia bakal terlibat dari segi mereka cipta bentuk dan perisian komputer terbaru milik Lenovo.

Malah, tawaran itu juga dibuat kepadanya memandangkan dia mempunyai kepakaran serta celik dalam teknologi maklumat (IT).

Dalam pada itu, Kutcher juga dilihat seakan tidak sabar untuk memulakan tugasnya itu apabila menulis di laman Twitternya.

“Sangat gembira untuk bersama-sama berganding bahu membentuk teknologi terbaru dengan Lenovo,” tulis Kutcher.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");