Perak Hari Ini

Bajet 2014: 59 Pusat Khidmat ADUN Terima RM3,000 Sebulan

pc mamu

Kesemua 59 pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak akan menerima bantuan sebanyak RM3,000 sebulan dalam usaha kerajaan menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, wakil rakyat baik di pihak kerajaan atau pembangkang masing-masing akan menerima bantuan bulanan itu mulai tahun hadapan.

“Setiap ADUN akan menerima agihan sebanyak RM3,000 sebulan bagi menaiktaraf pusat khidmat mereka, sekaligus ia diharap dapat meningkatkan aktiviti kemasyarakatan di kawasan masing-masing.

“Kita anggap ia sebagai hak kelayakan setiap ADUN kerana mereka sepatutnya menerima peruntukan ini untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas membentangkan Bajet 2014 pada hari pertama Sidang DUN Ke-13, di Ipoh, hari ini.

Tambah beliau, sebelum ini, wakil rakyat mendapat peruntukan sebanyak RM2,450 sebulan namun akan dinaikkan kepada RM3,000 mulai tahun hadapan.

“Kenaikan tersebut perlu kerana operasi pusat khidmat dikendalikan oleh seorang pegawai, staf serta memiliki pelbagai peralatan lain,” ujarnya.

Beliau berharap sesiapa sahaja akan meneruskan usaha sebegitu demi kepentingan rakyat.

Inisiatif ini katanya, bertujuan membantu ADUN di negeri tersebut melahirkan golongan rakyat yang responsif serta partisipatif terhadap program pembangunan untuk membina masa hadapan yang cemerlang.

Sehubungan dengan itu, peruntukan sebanyak RM2.12 juta daripada jumlah keseluruhan RM154.56 juta atau 45.6 peratus bagi peruntukan fokus kedua Bajet 2014 diagihkan kepada 59 Pusat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");