Perak Hari Ini

Bajet 2014: Perak Sedia Peruntukan RM1.012 Bilion

bajet 2014 zambry

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini membentangkan Bajet 2014 berjumlah RM1.012 bilion dengan menggariskan lima strategi utama untuk mensejahterakan rakyat dan memakmurkan negeri itu.

Lima strategi utama yang digariskan ialah menggerakkan pembangunan ekonomi yang menjana kehidupan berkualiti, meneruskan pembentukan modal insan yang berdaya saing, mensejahterakan rakyat dan membina masa hadapan yang cemerlang, memperkukuhkan pentadbiran yang responsif dan inovatif serta meningkatkan jaringan infrastruktur dan kemudahan awam.

Ketika membentangkan Bajet 2014 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Ipoh pagi tadi, Zambry berkata, berkata sejumlah RM333.98 juta akan diperuntukkan untuk tujuan pembangunan manakala RM673.62 juta lagi bagi perbelanjaan mengurus.

Katanya, anggaran hasil dan terimaan pembangunan adalah berjumlah RM970.14 juta berbeza sebanyak RM905.61 juta pada 2013.

“Dalam melaksanakan agenda pembangunan negeri, sebanyak RM25.5 juta atau 7.5 peratus Bajet 2014 diperuntukkan untuk menggerakkan pembangunan ekonomi.

“Bagi merealisasikan pembentukan dan pembangunan modal insan yang berdaya saing, sebanyak 15 projek berasaskan kemajuan pendidikan dicadangkan dengan peruntukan berjumlah RM53.8 juta atau 15.9 peratus,” jelasnya lagi.

Zambry memberitahu dalam mencapai sasaran Negeri Amanjaya, Rakyat Sejahtera, sebanyak RM154.56 juta atau 45.6 peratus diperuntukkan untuk menggiatkan fokus belanjawan yang keempat iaitu keterlibatan masyarakat untuk membina masa hadapan yang cemerlang.

“Pendekatan ini digunapakai bagi melahirkan golongan rakyat yang responsif serta partisipatif terhadap segala pembangunan yang dilakukan kerajaan negeri sekaligus masyarakat dapat menjadi mata serta telinga untuk proses penambahbaikan.

“Lima matlamat utama disasarkan iaitu kelestarian sosio-budaya dan pengupayaan aktiviti masyarakat yang menggariskan 15 program utama membabitkan peruntukan sebanyak RM26.02 juta,” ujar Zambry.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");