Berita Hari Ini

Bajet 2014 turut fokus pendidikan Islam

MOHD NIZAR

IPOH – Kerajaan negeri akan meneruskan program bantuan kepada pendidikan Islam dengan menyediakan peruntukan khas sempena Bajet 2014 yang akan dibentangkan, 25 November ini.

Exco Kerajaan Negeri, Mohd Nizar Zakaria berkata, bajet itu akan digunakan dari segi pembangunan, pembelajaran dan kokurikulum sekolah berkenaan.

Menurutnya, melalui peruntukan disalurkan kerajaan negeri diharap dapat membaik pulih dan menambah prasarana untuk keselesaan pelajar.

“Selain itu, kerajaan negeri akan turut memberi fokus kepada pendidikan Islam dalam membentuk modal insan cemerlang.

“Pembentukan modal insan dalam pendidikan agama perlu bermula dari akar umbi seperti di taska, tabika dan pra sekolah.

“Kerajaan memandang serius usaha membina insan cemerlang kepada negara, serta berharap akan ada idea-idea untuk membantu meningkatkan kualiti pendidikan Islam di sekolah agama rakyat, maahad tahfiz, sekolah pondok dan sebagainya,” katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Penyampaian Sijil Dan Anugerah Penghargaan Pelajaran Kali Ke 21 dan perasmian surau Al Hilmi di Pusat Pelajar Islam (PPI), di sini, semalam.

Hadir sama, Mudir PPI, Mohamed Hilmi Abdullah.

Terdahulu, Mohd Nizar turut merasmikan surau Al-Hilmi yang bernilai RM250,000 hasil sumbangan kerajaan negeri, syarikat swasta dan individu.

Katanya, surau dilengkapi pusat jagaan transit bagi bayi kanak-kanak berusia lima sehingga 12 tahun itu menempatkan 100 orang bagi sesi pagi dan petang.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");