Jenayah

Beg dedah tempat sembunyi

jenayah

14 pendatang Myanmar sorok dalam semak ditahan polis

Bukit Kayu Hitam: Seramai 14 pendatang asing tanpa izin ditemui keletihan kerana terpaksa berjalan kaki dari Thailand untuk menyusup masuk ke negara ini melalui laluan tikus di sini, kelmarin.

Cubaan pendatang asing berusia antara 17 hingga 60 tahun bersembunyi di kawasan semak berhampiran untuk mengelak dikesan pihak berkuasa gagal selepas polis menemui beberapa beg galas dipercayai milik mereka.

Penemuan barang itu akhirnya membawa kepada penahanan 14 pendatang asing jam 1.30 pagi kerana tidak mempunyai dokumen.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Nek Zaidi Zakaria, berkata polis menahan 11 lelaki bersama tiga wanita, semuanya warga Myanmar, yang dipercayai tiba dari negara mereka sejak 5 November lalu dan tinggal sementara di Thailand sambil menunggu peluang untuk menyusup masuk ke negara ini.

Silap perkiraan
Beliau berkata, sindiket mungkin sengaja mengarahkan pendatang asing terbabit memasuki kawasan ini pada waktu tengah hari kerana menyangka ketika itu berlaku pertukaran syif dan tiada rondaan dilakukan.

“Mereka mengaku membayar RM2,000 seorang untuk masuk ke negara ini melalui sindiket,” katanya ketika ditemui di sini.
Nek Zaidi berkata, seorang daripada pendatang asing terbabit yang berusia 60 tahun itu didapati sudah beberapa kali masuk ke Malaysia dan dipercayai bekerja secara haram di negara ini.

Beliau berkata, semua mereka ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negara ini tanpa dokumen.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");