Membawang Hari Ini

Belum masa tinggalkan stesen radio

zaff kosmoTIDAK terlintas untuknya meninggalkan kerjaya asal semata-mata menumpukan bidang perniagaan, Zaff mengakui tumpuan kini lebih terarah kepada menyeimbangkan kedua-dua bidang yang begitu diminatinya.

Baginya fokus untuk meneruskan bisnes sama sekali tidak mengganggu tugas sebagai penerbit di stesen radio Suria FM yang sudah menjadi sebahagian daripada dirinya sejak bergelar penyampai lagi.

?Alhamdulillah sejak mendirikan rumah tangga hampir lima tahun yang lalu rezeki saya makin bertambah dan melalui fasa hidup yang lebih bahagia.

?Paling indah apabila melihat anak Rizky Harris membesar depan mata. Itu memang satu pengalaman yang cukup indah untuk dikenang.

?Bila menjadi penerbit, saya perlu membereskan kerja mengikut waktu pejabat. Bila hujung minggu barulah saya akan ke udara menemani pendengar Suria FM sejak beberapa tahun yang lalu.

?Saya seronok melihat perkembangan Suria FM sejak bergelar penyampai dulu. Setiap tahun stesen radio ini menunjukkan perkembangan yang membanggakan secara keseluruhannya,” jelas Zaff.

Meskipun selesa dengan kerjaya di stesen radio yang mencatatkan jumlah pendengar sebanyak 2.5 juta orang itu, isteri kepada Suffian Harris ini tidak betah duduk diam.

Zaff atau nama sebenarnya Zafrina Abdul Rahman mengakui tumpuannya kini kepada Dzar Global Holdings Sdn. Bhd. yang juga merupakan pengeluar kolagen halal yang terbaru di pasaran.

Syarikat yang diasaskan oleh Datuk Zawati Abdul Rahman itu turut melantik Zaff sebagai duta bagi produk yang mampu mengembalikan keanjalan kulit.

Di bawah syarikat tersebut turut memperkenalkan dua produk iaitu kolagen CocoBelle yang datang dalam dua jenis iaitu minuman dan coklat serta bar coklat tenaga Fastrack.

Kebanyakan produk kolagen di pasaran berbentuk minuman. Tapi bar coklat CocoBelle dihasilkan bagi memudahkan pengguna menikmati rasa enak coklat ini selain mendapat khasiat kecantikan daripada kolagen yang terkandung dalamnya.

?Ini bidang baru yang saya ceburi dan saya masih dalam kategori baru. Kalau boleh memang saya nak menceburi lebih banyak peluang perniagaan selepas ini.

?Cuma buat masa ini biarlah saya beri tumpuan kepada CocoBelle dan Fastrak dahulu memandangkan pihak kami sudah pun mengatur banyak acara untuk mempromosi produk ini,” kata Zaff yang juga merupakan Naib Presiden syarikat berkenaan.

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk berkenaan boleh melayari www.dzarholding.com.

– UTUSAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");