Jenayah

Cucu ditemui mati tergantung

mati tergantung

KUALA LANGAT – Seorang cucu ditemui mati tergantung oleh nenek di ruang dapur bersebelahan tangga rumahnya di Taman Jalan Ros, Taman Seri Telok Datok, semalam.

Kejadian itu disedari oleh nenek mangsa yang berusia 70 tahun kira-kira jam 8 pagi yang kebetulan mahu ke dapur untuk menyiapkan sarapan pagi.

Nenek mangsa yang enggan dikenali tinggal berdua dengan cucunya itu terkejut apabila melihat cucunya, M Selvakumar, 27, dalam keadaan tergantung dengan kain langsir yang sudah terjerut di lehernya.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan berkata, difahamkan neneknya sebelum itu memanggil cucunya untuk bersiap ke tempat kerja namun tiada sebarang jawapan sehingganya cucunya ditemui tergantung.

Menurutnya, mangsa ditemui lengkap berpakaian sudah tergantung dengan kain langsir.

“Nenek mangsa tidak memaklumkan sebarang maklumat mengenai keadaan cucunya kerana dipercayai terlalu sedih.

“Hasil pemeriksaan awal turut mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan dipercayai mangsa yang bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu bertindak menggantung diri sekitar jam 6 hingga 7 pagi semalam,” katanya ketika dihubungi mengesahkan
kejadian.

Nordin berkata, melalui maklumat rakan mangsa yang berada di lokasi kejadian memaklumkan mangsa baru sahaja putus cinta dan polis tidak menolak kemungkinan mangsa bertindak sedemikian kerana menghadapi masalah percintaan

“Mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat Hospital Banting untuk dibedah siasat dan pemeriksaan lanjut jam 3 petang,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");