Jenayah

Dadah bernilai RM75.8j dirampas

rampasan

GELANG PATAH – Polis Johor berjaya merampas 496.9 kilogram dadah pelbagai jenis bernilai RM75.8 juta dalam tempoh 10 bulan pada tahun ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Asisten Komisioner Zulkifli Ali berkata, kesemua rampasan membabitkan 16,006 tangkapan yang dilakukan dari Januari hingga Oktober tahun ini.

Menurutnya, pada tahun lalu, seramai 16,968 tangkapan dengan rampasan 1,100 kilogram dadah bernilai RM90.1 juta dibuat bagi tempoh yang sama.

“Jumlah ini menunjukkan penurunan lima peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Kita melihat penurunan ini sebagai satu tanda positif yang kita anggap jenayah sama ada pengedaran dan lain-lain tidak lagi dilakukan di negeri ini hasil tindakan dan pemantaun polis,” katanya selepas menyaksikan pelupusan barang kes berupa dadah di Balai Polis Gelang Patah, di sini, semalam.

Zulkifli berkata, polis turut berjaya menangkap 1,299 pengedar dadah daripada jumlah keselurahan tangkapan dan bakinya merupakan kesalahan memiliki dadah.

Dalam pada itu, beliau memberitahu sebanyak 89.13 kilogram dadah berupa barang kes bagi tempoh enam tahun ini dilupuskan dianggarkan bernilai RM3 juta.

Katanya, ia membabitkan dadah jenis heroin, 10,283.98 gram; ganja (57,602.75g); erimin 5 (709.43g); pil ekstasi (808.17g); ketamin (16,799.88g); methamphetamine (2,896.86g); candu (25.31g) dan pil WY atau kuda (2.72g).

“Kesemua barang kes yang dilupuskan ini telah selesai melalui proses perbicaraan dan rayuan dan telah mendapat perintah mahkamah untuk dilupuskan.

“Ia membabitkan 5,364 kes yang direkodkan sejak enam tahun lalu,” katanya.

Kesemua dadah ini dilupuskan melalui pembakaran di sebuah kilang batu bata di Lima Kedai, di sini.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");