Perak Hari Ini

Dana RM1 Juta Untuk Tabung Pendidikan Anak Pekerja PPPNP

PERAK TODAY 3

Dana sebanyak RM1 juta disalurkan khusus kepada tabung pendidikan yang ditubuhkan kerajaan negeri bagi membantu anak-anak warga kerja Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) dalam bidang pendidikan.

Tabung pendidikan ini bertujuan bagi memastikan kebajikan keluarga pekerja agensi milik kerajaan negeri itu terjamin, sekaligus dapat memberi keselesaan dalam kehidupan mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini hadir menyampaikan sumbangan sempena Majlis Penyerahan Bantuan Persediaan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) untuk anak-anak warga PPPNP.

Bantuan ini merupakan hasil keprihatinan (PPPNP) mengenai beban kos yang ditanggung oleh keseluruhan kakitangannya dalam persediaan barangan persekolahan untuk sesi tahun 2014 serta berikutan  peningkatan kos sara hidup kini.

Tahun ini merupakan masuk tahun kedua pemberian sumbangan yang berbentuk barangan persekolahan yang berbentuk kupon berjumlah RM250 seorang.

Pada hari ini sahaja, sumbangan bernilai RM49,000 telah diserahkan kepada 29 orang anak warga PPPNP yang bakal menyambung pengajian mereka di IPTA dan IPTS terpilih.

Empat penerima itu menyambung pelajaran di peringkat sijil, 10 orang di peringkat diploma dan selebihnya 15 orang lagi melanjutkan pengajian mereka di peringkat ijazah.

Sementara itu, beliau turut mengulas mengenai prestasi PPPNP yang sedikit tergugat berikutan kejatuhan harga sawit yang teruk sejak sembilan bulan lalu.

“Baru-baru ini harga kembali mencapai paras yang stabil namun masih lagi di bawah harga yang dicatatkan seperti tahun dahulu,” ujar Zambry.PERAK TODAY 4

Ujarnya lagi, situasi tersebut telah memberi impak yang besar kepada PPPNP dan sebahagian besar syarikat serta agensi perbadanan di seluruh negeri yang berkaitan dengan perladangan kelapa sawit.

“Meskipun jangkaan keuntungan tidak sama seperti tahun lalu tetapi ia masih berada pada paras sekitar RM4 juta sebelum cukai,” katanya pada sidang media di Ipoh, hari ini.

Tambah Zambry lagi, situasi ini berjaya ditangani dengan sebaik mungkin oleh pihak PPPNP berikutan hasil daripada langkah-langkah mempelbagaikan produk yang dilakukan di pasaran.

Antara produk PPPNP yang dipelbagaikan ialah perisa jus iaitu kordial mangga, jus asam jawa, kerepek daun kesum dan daun kunyit serta penghasilan dua jenis rock melon iaitu Perak Gold 1 dan Perak Gold 2 yang telah memasuki pasaran tempatan pada Oktober yang lepas.

Ujarnya lagi, kaedah-kaedah baru dijangka terus dilaksanakan sebagai usaha bagi mempelbagaikan lagi aktiviti perniagaan dan perladangan serta pertanian dalam negeri itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");