Perak Hari Ini

Datuk Bandar Iktiraf Sumbangan Media Promosi Ipoh

PERAKTODAY5

Pembabitan media massa ibarat tulang belakang yang membantu mempromosikan bandar raya Ipoh, demikian kata Datuk Bandarnya, Datuk Roshidi Hashim.

Sehubungan itu, malam gala media 2013 yang bertemakan ‘glamorous’ dianjurkan khusus bagi meraikan lebih 200 pengamal media cetak dan elektronik negeri di Perak.

Majlis yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) itu berlangsung dalam suasana meriah di Hotel Sympony Suites, dekat Ipoh, malam tadi.

Majlis yang berlangsung seawal 8 malam itu diserikan juga dengan persembahan karaoke dan tarian.

Memetik ucapannya, beliau mengatakan Ipoh terus membangun sejak tahun 2008 dan kejayaan tersebut dibantu melalui peranan semua pihak terutama termasuklah pihak media.

PERAKTODAY6

“Bandaraya Ipoh dijadikan contoh sebagai bandar raya yang pesat membangun dan bukan lagi ‘sleeping city’ lagi,” katanya.

Jelasnya lagi, usaha membangunkan bandaraya Ipoh akan terus dipergiatkan dan segala program yang dirangka perlulah lebih bersifat global kelak.

Di akhir ucapannya, beliau sekali lagi menyampaikan ucapan penghargaannya kepada semua pengamal media Perak khususnya atas sokongan yang diberikan selama ini.

“Sokongan ini memberi makna kepada saya kerana tanpa semua siapalah saya,” ujar Roshidi lagi.

Majlis penutup malam media 2013 diakhiri dengan undangan untuk sesi bergambar dan tarian lagu ‘Aku Anak Kampung’.

Cabutan bertuah menjadi acara kemuncak majlis dan penyerahan hadiah bagi pelbagai kategori pakaian yang dipertandingkan mengamatkan lagi suasana.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");