Jenayah

Ditikam ipar depan rumah

jenayah

Dengkil: Kegembiraan seorang lelaki pulang ke rumah keluarga di Taman Timah, di sini bagi menyambut perayaan Deepavali bertukar tragedi apabila dia ditikam abang ipar di depan rumah mereka, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 tengah hari itu, mangsa yang berusia 28 tahun itu cedera parah di badan dan dibawa ke Hospital Putrajaya bagi mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa dan abang iparnya yang berusia 30-an terbabit dalam pertengkaran berpunca daripada salah faham menyebabkan abang iparnya itu naik angin secara tiba-tiba dan terus bertindak menikam mangsa.

Panik dengan kejadian itu, abang ipar mangsa kemudian melarikan diri bagi mengelak ditahan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian daripada abang mangsa yang memaklumkan adiknya ditikam.

“Sejurus menerima laporan, sepasukan anggota polis dikejarkan ke tempat kejadian dan mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di badan.

“Mangsa kemudian dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.

Menurutnya, polis kini sedang mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");