Berita Hari Ini

Dunia Herbs tembusi pasaran Arab Saudi

DUNIA HERB

SYARIKAT pengeluar produk berasaskan herba, Dunia Herbs Sdn Bhd menerusi jenama Losyen Mustajab bakal berada di pasaran Arab Saudi awal Januari tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rushdi Abdullah berkata, buat permulaan hanya tiga produk segmen Losyen Mustajab iaitu Pati Halia, Pati Halia Limau Nipis dan Extra Hot ke pasaran Arab Saudi diikuti produk lain secara berperingkat.

“Tiga rangkaian produk ini dipilih memandangkan ia merupakan produk paling laris dengan tumpuan awal adalah di bandar Makkah, Jeddah dan Madinah. Golongan sasar kita adalah jemaah haji dan umrah.

“Bagi tujuan itu, kami melantik pengedar yang bertanggungjawab untuk menguruskan jenama dan produk ini di sana dengan stor penyimpanan akan beroperasi di Makkah,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun bukan mudah untuk jenama Dunia Herbs menembusi pasaran Arab Saudi memandangkan pelbagai prosedur dan syarat yang ketat harus dilepasi sebelum produk diluluskan kerajaan berkenaan.

“Antara syarat yang perlu dipatuhi adalah pengedar harus membina stor penyimpanan yang besar dan lengkap dengan semua kemudahan ditetapkan.

“Dengan adanya pengedar di Arab Saudi, kami menjangkakan Dunia Herbs mampu meraih sehingga RM1 juta jualan dalam tempoh setahun,” katanya.

Sehingga kini, produk Dunia Herbs turut berada di pasaran global seperti di Thailand, Brunei dan Singapura.

Dalam pada itu, Dunia Herbs juga berhasrat menambah beberapa produk baharu tahun depan dengan memberi tumpuan kepada produk kesihatan khusus untuk wanita.

“Selain itu, kami juga berhasrat menambah beberapa buah stokis dengan memberi tumpuan ke Sarawak,” katanya, kini Dunia Herbs mempunyai lebih 40 buah stokis seluruh negara.

Berdasarkan kemampuan dan keupayaan tersebut, Dunia Herbs optimis syarikatnya mampu mencapai sasaran perolehan sehingga RM20 juta tahun depan.

Sehingga kini Dunia Herbs masih kekal sebagai pelopor dalam segmen Losyen Mustajab berasaskan herba dengan penguasaan pasaran sebanyak 60 peratus.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");