Sukan Hari Ini

FAM wajar cari kaedah lain jual tiket

fam

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) wajar memikirkan kaedah lain termasuk menerusi dalam talian bagi memastikan penjualan tiket yang lebih efisien, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Katanya langkah itu bukan sahaja dapat mengelak kesesakan dan pelbagai masalah lain, tetapi juga seiring dengan perkembangan teknologi yang wajar dimanfaatkan sepenuhnya.

“Saya yakin kaedah yang sebegini pasti disambut baik oleh peminat bola sepak tempatan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di tapak pembinaan padang bola sepak sintetik di Kompleks Sukan Gong Badak, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai jualan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia yang dilapor habis dijual dalam tempoh beberapa jam sahaja.

Sebanyak 75,000 tiket disediakan oleh FAM untuk peminat menyaksikan pertembungan juara bertahan Kelantan dan Pahang pada Ahad ini. Daripada jumlah itu 30,000 diperuntukkan kepada persatuan bola sepak negeri masing-masing,
manakala baki akan dijual di venue perlawanan di Stadium Shah Alam.

Mengulas pembelian tiket secara pukal, Khairy menegaskan perkara itu tidak boleh dilarang namun FAM perlu menguruskannya dengan lebih baik bagi memastikan tiada penyelewengan.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");