Membawang Hari Ini

Gandingan Shiro, UAI tarik perhatian

ustaz azhar

SIAPA yang tidak kenal dengan pendakwah, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI atau Ustaz Youtube.

Mula mendapat perhatian anak muda dengan gaya ceramah santai, nama UAI terus meniti di bibir peminatnya dan sering menjadi perhatian apabila hadir memberikan ceramah agama.

Atas populariti yang dimilikinya itu, menarik perhatian pengarah, Pierre Andre untuk membawa UAI ke arena perfileman.

Biarpun hanya muncul dalam beberapa babak, namun gandingan UAI dan pelakon utama filem dakwah, Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang, iaitu kumpulan Shiro yang terdiri daripada Shahrol dan Ajak berjaya menarik perhatian ramai.

Buktinya, filem terbitan Metrowealth Pictures ini menjadi antara filem yang dinantikan pada tahun ini oleh peminat industri tanah air.

Secara ringkasnya, filem ini mengisahkan Dadu, seorang pemuda yang hanyut tanpa tujuan dari hari ke hari. Dia sering kali dipecat dari kerja dan tidak pernah serius dengan segala yang dilakukannya. Dadu tinggal bersama Muiz yang turut bergantung kepada Dadu untuk hidup.

Kedua-dua mereka tidak taat pada agama sehinggalah sepupu Dadu, Hamzah datang tinggal bersama. Hamzah kini adalah seorang yang taat pada agama dan sering pergi ke masjid untuk bersembahyang dan mendengar ceramah agama.

Terkejut dengan perubahan pada diri Hamzah, Dadu dan Muiz berazam untuk mengubah diri mereka tetapi jalan untuk kembali jalan yang lurus bukanlah sesuatu yang mudah.

Kehadiran pelakon lain seperti Along Eyzendy, Mikail Andre, dan Zalif Sidek juga banyak membantu mencantikkan filem ini lagi.

Tidak kering gusi

Biarpun berteraskan dakwah, namun Pierre berjaya menyelitkan unsur-unsur komedi di dalam filemnya ini apabila penonton tidak kering gusi dengan komedi bersahaja yang disampaikan Shiro.

Along juga tidak kurang hebatnya, biarpun hanya muncul untuk beberapa babak sahaja.

Dengan babak-babak yang lebih segar, penonton akan berpeluang berhibur sambil menghayati sebuah naskhah yang berteraskan agama.

Namun, perubahan drastik Dadu (Shahrol) dan Muiz (Ajak) untuk mempelajari ilmu agama mungkin akan dipersoalkan oleh sesetengah penonton.

Kurang kemas

Selain itu, Pierre juga kelihatan tergesa-gesa untuk menyiapkan filem ini apabila beberapa babak dilihat kurang kemas. Begitu juga dengan lontaran dialog yang menggunakan bahasa pasar sahaja.

Namun tidak banyak cacat-celanya filem ini, kerana rata-rata penonton akan terhibur dengan lawak yang ditampilkan kumpulan Shiro di dalam filem ini.

Perkara yang penulis agak kecewa di sini adalah penggunaan latar bunyi seruling mohram yang pernah di dengar dalam filem Islamik terbitan MIG sebelum ini.

Begitu juga ketika Shahrul dan Ajak tiba untuk mendengar kuliah, hanya bunyi seruling dimainkan dan lebih elok andai bunyi tersebut diganti dengan ceramah dari UAI.

Bagaimanapun bagi yang mahu melihat gandingan UAI dan Shiro, jangan lupa menyaksikan filem ini di pawagam.

PELAKON : Kumpulan Shiro (Shahrol & Ajak), Ustaz Azhar Idrus (penampilan istimewa), Along Eyzendy, Mikail Andre, & Zalif Sidek.
GENRE : Komedi
DURASI : 1jam 36minit
KLASIFIKASI : U
TAYANGAN : 28 Nov 2013

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");