Perak Hari Ini

Garis Panduan “Smart Growth” Elak Kesan Pembangunan ‘Urban Sprawl’

PERAKTODAY DUN13- 6

Usaha kerajaan negeri menyediakan garis panduan Smart Growth dilihat berupaya mengelakkan kesan pembangunan ‘urban sprawl’ di Perak.

Menteri Besar, Datuk seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata inisiatif garis panduan kerajaan melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) tersebut mampu melaksanakan konsep strategi bandar yang lestari.

“Pembangunan orientasi Transit Oriented Development (TOD) berkepadatan tinggi dan pembangunan bercampur hendaklah digalakkan bagi mencapai penggunaan tenaga yang efisien sekaligus perlaksanaan bandar yang mampat.

“Pelbagai ciri dicadangkan bagi melaksanakan konsep tersebut antaranya menggalakkan pembangunan kawasan tepubina sedia ada, menetapkan had sempadan bandar, menggalakkan pembangunan yang berorientasikan TOD, melaksanakan pembangunan bandar mampat dan menggalakkan pembangunan bercampur dalam bandar,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Lee Chuan How (DAP-Pasir Pinji) pada hari kedua mesyuarat ketiga penggal pertama, Dewan Negeri Perak ke-13, di Ipoh, hari ini.

Tambahnya, pendekatan Top Down atau Bottom Up yang menjadi polisi pelaksanaan kerajaan boleh dikembangkan lagi jika ianya disambut baik oleh kalangan masyarakat.

Beliau juga menyentuh peranan yang boleh dimainkan oleh ADUN Pasir Pinji yang menggunakan khidmatnya untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan semua pihak merupakan langkah yang baik.

“Kita perlu sedar masalah kependudukan di kawasan bandar besar seperti di Ipoh, Manjung, Tanjung Malim, Parit Buntar dan Taiping memerlukan tanah yang luas untuk sesuatu pembinaan perumahan.

“Namun, akibat perkembangan masa kini, bagi pihak saya, lebih baik konsep compact city dapat difikirkan walaupun memerlukan masa untuk mewujudkan kesedaran dan saya juga tiada masalah untuk mewujudkan kesedaran bagi kedua-dua belah pihak samada pembangkang mahupun kerajaan,” ujar Zambry.

Kata Zambry, hasilnya nanti bukanlah untuk kepentingan politik tetapi soal kependudukan masyarakat dalam negeri Perak.

“Dengan kesedaran ini juga, ianya mampu mengelakkan kos yang diperkatakan sekaligus mengurangkan beban kepada pembeli serta rakyat,” jelas beliau lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");