KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana berukuran 5.0 pada skala Richter menggegarkan Pulau W.Caroline, Micronesia, pada 9.09 pagi ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berpusat di 1,400km timur laut Bandaraya Tagum di Filipina dan 2,576km timur laut Kinabatangan, Sabah.
Menurut kenyataan itu, jabatan akan mengeluarkan maklumat tambahan mengenai gempa itu.
– Bernama
Komen & Pendapat