Perak Hari Ini

GST: Hebahan Awam Perlu Elak Rakyat Keliru, Salah Tafsir

gst

Pelbagai andaian dan tafsiran dibuat berhubung pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2014, baru-baru ini.

Mulai 1 April 2015, GST akan dikenakan ke atas bekalan barangan dan perkhidmatan di setiap peringkat rantaian bekalan yang membabitkan pembekal hingga peruncit.

Sementara itu juga, GST  dicadang menggantikan cukai penggunaan semasa iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) dan ia merupakan sebahagian daripada pembaharuan cukai kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem percukaian sedia ada.

Kerajaan merancang mengenakan GST pada kadar enam peratus dan bukan bertujuan mengatasi defisit fiskal negara tetapi menyelesaikan kelemahan dalam cukai jualan dan perkhidmatan serta mempelbagai sumber pendapatan negara.

Menurut Zul Zekri Abdul Rahim, 31, pelaksanaan GST tidak begitu menjejaskan penduduk luar bandar cuma prinsipnya  adalah lebih banyak anda berbelanja pastinya anda akan dikenakan lebih cukai.

“Kerajaan perlu menjelaskan pelaksanaannya kepada pengguna untuk mengelakkan salah tafsiran mengenainya,” ujarnya lagi.

Sementara itu, menurut Norita Zainal, 42, penerangan mengenai GST amatlah perlu dilaksanakan secara menyeluruh kerana rata-rata orang awam masih belum memahami kebaikan dan keburukannya.

“Perlu ada risalah atau hebahan secara menyeluruh di media cetak dan elektronik supaya kaedah pelaksanaan GST pada setiap urusniaga dan barangan lebih jelas,” katanya.

Manakala menurut Mohd Rozi Ismail pula, GST merupakan perkara yang baru dan semestinya wajar untuk diberi penjelasan mengenai proses pelaksanaannya.

“Impaknya kepada pengguna serta ekonomi negara pasti ada dan kerajaan perlu menjelaskan mengapa GST perlu dilaksanakan,” katanya.

Ujar Mohd Rozi lagi, timbulnya kegusaran di kalangan masyarakat mengenai kesediaan semua pihak iaitu kerajaan, para peniaga dan pengguna sendiri dalam melaksanakannya kerana semua pihak enggan menjadi mangsa dalam isu ini kelak.

Sebanyak 143 negara telah melaksanakan GST dan orang awam boleh melayari lawan web http://www.gst.customs.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenainya.

Selain itu, orang ramai juga perlu mendapatkan maklumat dari sumber yang sahih mengenai GST dan menilainya dari setiap sudut agar memperoleh gambaran yang jelas untuk dibuat perbandingan sewajarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");