Jenayah

Guna khidmat warga tempatan seludup rokok

jenayah

Khidmat warga tempatan dipercayai turut digunakan dalam merancang kegiatan penyeludupan rokok tidak sah ke negara ini.

Pembabitan warga tempatan menyebabkan kegiatan itu yang turut dianggotai ahli sindiket warga asing semakin berleluasa dan lambakan rokok tidak sah di pasaran.

Sumber berkata, warga tempatan amat diperlukan sindiket terancang ini kerana kemahiran dalam selok-belok laluan tertentu termasuk di pintu masuk negara dan beberapa kawasan yang dipercayai menjadi laluan utama penyeludup.

“Tugas utama warga tempatan ini juga adalah untuk mendekati pegawai dan anggota pihak berkuasa di tertentu pintu masuk negara bagi memudahkan kerja penyeludupan” – Sumber

Berdasarkan maklumat yang diterima BH, khidmat warga tempatan juga digunakan dalam menyelesaikan masalah yang timbul di pintu masuk negara selain menguruskan perjalanan barangan terbabit ke destinasi ditetapkan.

Dekati anggota penguat kuasa

“Tugas utama warga tempatan ini juga adalah untuk mendekati pegawai dan anggota pihak berkuasa di tertentu pintu masuk negara bagi memudahkan kerja penyeludupan,” katanya.

Berikutan itu, katanya, fenomena lambakan rokok tidak sah di pasaran negara ini seolah-olah tidak terkawal menimbulkan tanda tanya kerana biasanya kawasan sempadan di kawal ketat pihak berkuasa.

“Namun, warga tempatan ini banyak memainkan peranan dalam melancarkan perjalanan penghantaran rokok berkenaan ke destinasi,” katanya.

Sumber itu juga berkata, setiap sindiket di negara pengeluar rokok tidak sah yang cuba menyeludup masuk produk mereka akan menggunakan khidmat warga tempatan yang berlainan kerana berbeza lokasi laluan dan destinasi.

Sindiket bersekongkol

“Mereka tidak terus menghantar rokok tidak sah kepada penjual tetapi akan membahagikannya dahulu kepada beberapa kawasan yang ditetapkan kerana apa yang kami difahamkan, sindiket tidak bersaing sesama sendiri,” katanya.

Selain itu, sumber berkata sindiket sanggup menggunakan kekerasan dan ugutan terhadap pegawai penguat kuasa jika mengetahui ada cubaan untuk menggagalkan kegiatan mereka.

“Ada kemungkinan sindiket turut mendapatkan khidmat samseng dalam melicinkan operasi mereka kerana banyak kejadian membabitkan pegawai dan anggota penguat kuasa yang dicederakan dan diganggu kumpulan terbabit,” katanya.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");