Sukan Hari Ini

Hanya Chong Wei wakil tunggal separuh akhir

chong wei

JAGUH badminton negara Datuk Lee Chong Wei mara ke separuh akhir selepas mengalahkan pemain Denmark, Jan O Jorgensen pada Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong.

Pada pusingan suku akhir hari ini, pemain nombor satu dunia itu mengalahkan Jorgensen, yang juga pemain pilihan keenam kejohanan, 21-8 dan 21-17 dalam masa 34 minit di gelanggang Hong Kong Coliseum.

Chong Wei akan menentang pemain veteran Thailand Boonsak Ponsana pada pusingan separuh akhir esok, demikian menurut laman web http://bwfbadminton.org/.

Boonsak mengambil masa 42 minit untuk melangkah ke separuh akhir selepas menundukkan pemain Denmark, Hans-Kristian Vittinghus 21-17, 21-16.

Sementara itu, beregu campuran negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ying gagal meneruskan saingan ke peringkat separuh akhir apabila tewas di tangan beregu England, Chris Adcock/Gabrielle White, 18-21, 12-21.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");