Perak Hari Ini

Hujah Ketua Pembangkang Liar: DS Zambry

nizar j

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan hujah yang disampaikan Ketua Pembangkang semasa sesi perbahasan Bajet 2014 bersifat liar kerana menuduh Barisan Nasional (BN) bersikap perkauman.

Katanya, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang juga ADUN Changkat Jering membuat satu tuduhan keterlaluan apabila mengaitkan masalah seorang kanak-kanak, S Malachime, 12, yang dikatakan sukar memohon kad pengenalan, dua tahun lalu.

Terdahulu, Nizar semasa sesi perbahasan Bajet 2014 menuduh kerajaan BN bersikap perkauman kerana menidakkan hak kanak-kanak perempuan tersebut untuk mendapatkan Mykad.

Terdahulu, media tempatan melaporkan Malachime bertindak meminum bahan peluntur kerana malu serta tertekan dengan dakwaan rakan-rakannya yang mengatakan dia bukan anak kandung kepada ibu bapanya.

Ibu mangsa, V. Kamilla, 60 mendakwa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) enggan mengeluarkan Mykad kepada anaknya atas alasan warna kulit remaja itu berbeza dengan penjaganya.

“Kenapa kita perlu membuat kesimpulan sebegini sedangkan perkara yang berlaku adalah sebaliknya kerana kerajaan BN yang mengambil tindakan penyelesaian terhadap isu ini.

“Di sini, boleh lihat terdapat dua pendekatan yang berbeza di mana satu pihak menggunakan isu ini untuk mendapat dokongan politik, manakala satu pihak lagi mencuba sedaya upaya menyelesaikan masalah tersebut,” ujarnya kepada pemberita pada hari kedua Sidang Dewan Ke-13 di Ipoh, hari ini.

Tambah Zambry, Nizar boleh menuduh kerajaan BN sebagai rasis jika sekiranya tiada tindakan diambil untuk membetulkan keadaan.

“Beliau (Nizar) boleh katakana JPN itu milik kita dan mengeluarkan arahan untuk menghalang pembekalan kad pengenalan kanak-kanak berkenaan tetapi kita langsung tidak berbuat sedemikian.

“Kita tidak mengetahui apa yang berlaku semasa kejadian tersebut. Jadi, kenapa perlu menyeret BN ke dalam kancah ini sedangkan ia berkaitan seorang kanak-kanak yang dipersoalkan kedudukannya di negeri ini,” jelasnya lagi.

PERAKTODAY DUN13- 9

Zambry turut memberitahu berasa sedih dengan perbahasan yang disampaikan ADUN Changkat Jering tersebut yang kurang memuaskan berbanding ADUN pembangkang yang lain.

“Saya tidak marah kerana saya tahu lebih banyak Nizar berkata-kata, lebih banyak menunjukkan sikapnya.

“Jadi, saya harap tiada pihak akan menggunakan kesempatan ini untuk meraih laba politik dan jika ada pihak yang bersalah, kita akan ambil tindakan tegas terhadap mereka.

“Saya juga berasa simpati terhadap mangsa serta keluarganya dan semua pihak perlu mengambil keadaan ini sebagai satu pengajaran bukannya soal isu perkauman,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");