Berita Hari Ini

Intipan: Australia enggan mohon maaf

ABOOT

SYDNEY – AUSTRALIA. Perdana Menteri Australia, Tony Abbott enggan mohon maaf dan menegaskan hubungan dengan Indonesia masih kukuh.

Kenyataan itu disuarakan selepas, Jakarta mendakwa Australia melakukan intipan terhadap telefon bimbit Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, isteri dan menteri kanannya, semalam.Abbott berkata, beliau tidak mempunyai rancangan menghubungi Susilo untuk memberi penjelasan atau memohon maaf.

“Kami tidak perlu melakukan perkara itu kerana isu ini diselesaikan oleh kumpulan perisikan kedua-dua negara,” katanya pada laporan Jakarta Post.

Semalam, Jakarta bertindak memanggil pulang Duta Besar mereka di Canberra untuk memohon penjelasan berhubung isu terbabit.

Skandal pengintipan didedahkan pembocor program perisikan Agensi Keselamatan Negara (NSA) Amerika Syarikat, Edward Snowden telah menimbulkan kemarahan jutaan rakyat Indonesia.

Susulan pendedahan itu, semua kerjasama antara Indonesia dan Australia akan dikaji semula.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");