Berita Hari Ini

Isu ‘pak guard’: Undang-undang perlu ketat

PPKKM

SHAH ALAM – Kelemahan penguatkuasaan undang-undang sedia ada menyebabkan kes melibatkan pengawal keselamatan terus meningkat sejak kebelakangan ini.

Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM), Datuk Saheen Mirza Habib berkata, kerajaan perlu sentiasa memantau operasi syarikat keselamatan yang sentiasa mencari peluang untuk meraih keuntungan tanpa memikirkan keselamatan masyarakat.

“Kerajaan mesti periksa syarikat yang menggajikan pengawal keselamatan.

“Mereka ini, dua tiga tahun lepas menggunakan perkhidmatan warga asing atau pendatang asing tanpa izin (pati) untuk mengaut keuntungan daripada membayar gaji lebih, perkara itu berlarutan apabila tidak ada penguatkuasaan undang-undang.

“Apabila penguatkuasaan tak dilaksanakan, syarikat ini akan buat ikut suka hati dan mereka juga tidak menghantar butir peribadai kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN),” katanya kepada Sinar Harian Online.

Pada Rabu lalu, media melaporkan satu insiden melibatkan pengawal keselamatan yang memiliki senjata api telah merompak sebuah kedai emas.

Sebelum ini, pengawal keselamatan yang menggunakan kad pengenalan palsu telah menembak mati pegawai sebuah bank dan melarikan sejumlah wang tunai.

Dalam pada itu Saheen berkata, KDN perlu tegas dalam mengambil tindakan terhadap syarikat pengawal keselamatan yang didapati bersalah melanggar syarat yang telah ditetapkan dalam Akta Agensi Persendirian 1971.

“Kalau ada syarikat yang langgar syarat dengan sengaja, patut tarik lesen atau gantung saja lesen,” katanya lagi.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");