Membawang Hari Ini

Jamal bersumpah tak merisik Nas Adila

nas adilaJAMAL menegaskan, timbul silap faham umum terhadap hubungannya dengan Nas Adila.

TIADA angin, tiada ribut, tiba-tiba Raja Pop tersohor, Datuk Jamal Abdillah, 54, dilanda gosip baharu yang mengatakan dia telah bertunang.

Melalui gosip yang tersebar kencang sepanjang minggu lalu, Jamal dikata- kan bakal bertunang dengan seorang penyanyi wanita iaitu Nas Adila.

Walaupun, Nas, 27, yang merupakan bekas peserta program Akademi Fantasia musim ketujuh itu sendiri pernah menafikan perkara tersebut, namun disebabkan pendekatan Jamal yang mengambil sikap untuk berdiam, perkara tersebut terus dijadikan spekulasi hangat dalam kalangan orang ramai.

Bagaimanapun, beberapa hari lepas, menerusi sebuah akhbar tempatan, Jamal dikatakan memberi kenyataan bahawa dia terpikat dengan kelembutan wanita itu dan Nas pula mengatakan Jamal sebagai lelaki yang matang untuk dijadikan suami.

Ingin mendapatkan kesahihan berita yang tersebar kencang ini, Kosmo! semalam telah berjaya mendapatkan kenyataan Jamal berkaitan gosip yang melanda dirinya ini.

Kosmo! : Mungkin anda juga telah mengetahui tentang gosip yang mendakwa anda bakal bertunang dengan Nas. Boleh komen sedikit kerana ramai yang ingin dengar sendiri kenyataan daripada pihak anda?

JAMAL: Sebenarnya saya dapat banyak pengajaran daripada kejadian ini. Namun, sebelum itu saya ingin menafikan dan bersumpah dengan nama Allah, saya tidak ada apa-apa hubungan dengan dia. Tambahan, tentang bertunang dan merisik semuanya tiada.

Saya juga dapat maklum balas daripada peminat-peminat saya dan semua orang, jadi saya nampak kejadian ini telah membuatkan saya membuka mata bahawa betapa sayangnya mereka pada saya. Ini sebenarnya, kasih sayang mereka pada saya, memberi pandangan, nasihat serta sebagainya. Saya bersyukur sebenarnya.

Adakah Jamal rasa mungkin kecewa atau marah kerana sewenang-

wenangnya orang ramai membuat spekulasi tentang kehidupan peribadi anda?

Kita perlu akui hakikat bahawa kita seorang selebriti yang dipuja ramai. Jadi, perkara ini akan mendatangkan impak dan perhatian yang besar daripada masyarakat.

Kita perlu terima hakikat ini dan rasa rendah diri. Alhamdulillah syukur, kadangkala apa yang kita buat, orang di sekeliling akan memberi pendapat serta nasihat. Mungkin tentang kelakuan yang tidak enak dan persembahan yang kurang baik, akan diberi pandangan.

Maknanya Jamal tidak marah dengan gosip tersebut?

Ya, betul mereka masih ambil berat tentang saya. Saya rasa sangat-sangat bersyukur.

Mengapa Jamal rasa, antara ramai wanita, Nas yang dikaitkan dengan anda. Adakah mungkin kerana keakraban serta kemesraan yang timbul antara kalian?

Untuk pengetahuan semua, saya ada buat beberapa konsert di Istana Budaya dan Kuala Terengganu dan sebagainya. Saya tidak tahu puncanya, namun mungkin foto-foto yang dimuat naik oleh Nas sendiri di laman sosial ketika kami sedang bekerja, disalah anggap oleh sesetengah pihak. Saya seperti majikannya yang mana saya sering bekerja dan bukan sahaja bersamanya, malah dengan orang lain juga.

Maknanya semua perkara ini merupakan salah faham sahaja?

Itu yang saya juga tidak tahu punca dari mana yang mengatakan tentang perkara merisik ini tetapi jika kerisik memang saya selalu makan (ketawa).

Boleh ceritakan sedikit perkembangan anda kini?

Kini rezeki saya membuat persembahan pada majlis tertutup dan tentang album, saya sedang berbincang tentang album terbaharu saya kelak. Saya sedang berbincang dengan seorang komposer terkenal tanah air tentang album yang saya berikan judul Jamal 2014 dan ia mengandungi sebanyak lapan hingga 10 buah lagu.

Adakah Jamal akan berkolaborasi dengan Datuk M. Nasir?

Saya memang berhajat ingin bekerjasama dengan Datuk M. Nasir untuk menerbitkan album tersebut. Saya akan ikut trend pasaran yang mana akan melancarkan single terlebih dahulu.

-KOSMO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");