Berita Hari Ini

Jangan terpedaya ejen permohonan PR1MA

prima

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihat agar tidak terpedaya dengan mana-mana ejen yang menawarkan perkhidmatan permohonan Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) kerana PR1MA tidak pernah melantik ejen untuk berbuat demikian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, beliau mendapat aduan daripada segelintir orang awam yang mendakwa kononnya mereka perlu membayar deposit kepada ejen-ejen itu untuk urusan permohonan PR1MA.

“Ada yang sehingga RM7,000 deposit kena bayar…. ingin saya tegaskan bahawa permohonan hanya boleh dibuat secara ‘online’ (dalam talian) sahaja dan PR1MA tidak pernah melantik mana-mana ejen untuk membantu menguruskan permohonan itu.

“Jika mana-mana pihak ataupun orang ramai yang mengalami keadaan sedemikian perlu segera melaporkannya kepada pihak polis supaya tindakan boleh diambil terhadap golongan ejen yang tidak bertanggungjawab itu, ” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang berminat untuk memohon PR1MA boleh membuatnya secara dalam talian ataupun melalui jerayawara PR1MA di seluruh negara.

“Selepas penelitian maklumat dan kelayakan pemohon, pihak PR1MA akan melakukan proses pengundian bagi menentukan siapa yang layak mendapatnya,” katanya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");