Berita Hari Ini

JPAM akan diperkasa

zahid hamidiPORT DICKSON – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan diperkasa menerusi beberapa langkah termasuk menambah dan menaik taraf perjawatannya.

Beliau berkata aset operasi dan logistik juga akan ditambah, manakala pejabat operasi daerah sedia ada akan dinaik taraf selain membuka pejabat operasi baharu.

“Memorandum mengenainya sedang disediakan dan akan dibentang melalui Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Negara,” katanya dalam ucapan perasmian Himpunan Pertahanan Awam Malaysia ke-19, di sini malam tadi.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri Datuk Daud Tahir. Turut hadir Ketua Pengarah Pertahanan Awam Malaysia Datuk Suleiman Keling.

Ahmad Zahid berkata mengikut perancangan, dua projek baharu akan dilaksana tahun depan iaitu pembinaan ibu pejabat Pertahanan Awam di Sungai Merab, Selangor dengan kos RM50 juta serta projek fasa 2 Pusat Latihan Pertahanan Awam di Kluang, Johor dengan kos RM50 juta.

Katanya ambulans JPAM juga ditambah sebanyak 90 unit lagi iaitu 45 tahun ini dan baki akan diterima tahun depan.

Lebih 1,500 pegawai dan anggota JPAM dari seluruh negara menyertai himpunan tiga hari itu yang juga pelabuh tirai sidang latihan JPAM bagi tahun ini yang merangkumi tiga peringkat latihan utama iaitu latihan asas, latihan lanjutan dan latihan kemahiran.

Pada majlis itu Daud turut menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) kepada 40 pegawai dan anggota JPAM yang terlibat dalam Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");