Membawang Hari Ini

Julia Roberts elak laman sosial

julia robert

Di luar, Julia Roberts, 48, ialah bintang kelas A Hollywood, namun di rumah ibu kepada tiga cahaya mata ini lebih selesa menjalani kehidupan biasa dan menggalas tanggungjawab memasak tiga kali sehari serta menjahit.

Malah, dia menjauhi teknologi di hujung jari iaitu laman sosial, apatah lagi mencari cerita berkaitan diri sendiri di internet.

Mengakui memasak tiga kali sehari, menjahit pakaian anak dan mengelakkan melayari internet semata-mata membaca cerita diri sendiri, bintang Eat Pray Love itu sebaliknya berkata, media sosial umpama gula-gula kapas.

“Ia nampak menarik dan sukar dilepaskan, namun andai dipegang ia meninggalkan kesan melekit,” katanya yang mengakui boleh hidup tanpa teknologi seperti itu.

Penerima Oscar menerusi lakonannya dalam filem Erin Brockovich itu bakal tampil bersama filem baru berjudul August: Osage County dengan memegang watak anak Meryl Streep.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");